Pengikut Blog Ini

Monday, July 25, 2011

Malaysia Bukan Kalah... Cuma Tak Menang....

Malaysia tidak kalah. Ini pandangan aku la kan.. Walaupun di atas kertas Singapore 5-3 Malaysia, bagi aku itu bukanlah sesuatu yang sangat teruk. 3 gol di tempat lawan sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada kem Malaysia. Dengan lawan yang mempunyai kelebihan 2 gol, Malaysia hanya perlu menang 2-0 sahaja di Bukit Jalil, dan kita akan layak ke pusingan yang seterusnya menerusi peraturan gol di tempat lawan. Nak dapat 2 gol aku rasa bukanlah suatu yang sukar buat penyerang Malaysia. Tetapi adakah barisan pertahanan mampu untuk tidak melepaskan sebarang gol..? Itu yang menjadi persoalannya sekarang. Gol-gol mudah yang dilepaskan di Singapore seharusnya dielakkan. Tapi aku rasa ni bukan harus lagi dah. Ni dah jadi wajib untuk tidak melepaskan gol-gol "cap ayam" macam tu.

Disebalik jaringan pantas oleh Safee Sali dalam perlawanan tersebut, pemain Malaysia seolah-olah kehilangan fokus sehingga lawan mampu menjaring 4 gol selepas itu. Episod malang negara bertambah apabila kapten Malaysia, Safiq Rahim di arah keluar padang akibat terjahan keras yang aku rasa tidaklah disengajakan. Tapi memang pedih gak la kena "terajang" tu.. Singapore yang juga kehilangan pemain selepas itu agak sukar mengawal permainan sehinggalah Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol pantas untuk merapatkan kedudukan. Nah, dah nak minit-minit akhir, orang tua No.9 tu plak score lagi sebijik.. Aku dah kata, orang tua tu memang power. Turning mantap. Kantoi defender yang muda nih.. 

 Hadoi... Berbalik kepada perkara pokok aku lihat para pemain tidak begitu selesa apabila beraksi di atas padang sintetik seperti di Stadium Jalan Besar tu. Bukan sahaja pemain Malaysia malah pemain Singapore juga menghadapi permasalahan yang serupa. Ini pada pandangan mata kasar aku la yang duk menonton kat tv di rumah. Situasi sebenarnya takde la aku nak pergi tanya sorang-sorang player tu kan. Haha.. Pergerakan bola yang laju menyebabkan para pemain sukar untuk mengawal bola. Aku tengok kat tv pun macam tak feel. Rasa tak best sebab bola pergi laju sangat. Kalau pergi laju dapat control tak pe.. Ini asyik terlepas jer..

Walauapapun, masih ada 90 minit lagi masa permainan tidak termasuk masa kecederaan ataupun masa tambahan kalau ada. Harap-harap takde la. Biar main 90 minit terus Malaysia qualify next round. Kan senang. Wakaka.. Moga-moga player Malaysia lebih menyerlah apabila bermain di Bukit Jalil nanti. Jangan bikin malu lagi kalah dengan Singapore. Kita juara ASEAN beb.. Walaupun kebanyakan player Singapore tu tak de la ASEAN pun.. Ahaha..

Goodluck and All The Best to Harimau Malaya.. 

p/s : Orang Tua No. 9 tu memang power la.. Defend, BEWARE of this Orang Tua.... Keeper Singapore bernasib baik tak kena berhadapan dengan free kick Safiq Rahim...

No comments:

Post a Comment