Pengikut Blog Ini

Tuesday, September 14, 2010

Sekadar Mimpi



Kau umpama mimpi indah buatku,
Mengisi kekosongan jiwaku yang beku,
Memenuhi pelosok ruang rinduku,
Kau bak ratu dihatiku.

Kau hadir dalam hidupku,
Bagaikan angin yang menyapa lalu,
Kedatanganmu dinanti,
Pemergianmu dirindui,

Apa terjadi dengan hati ini,
Adakah telah dicuri lagi,
Atau ini mungkin sekadar mainan mimpi.

Pedulikanlah kata hati ini,
Mungkin benar hanya mimpi,
Jangan diikut rasa hati,
Ikut hati mati yang menanti.

Bangkitlah diriku ini,
Sedarlah daripada mimpi,
Bebaskan diri ke alam realiti,
Cinta abadi pasti datang nanti.

p/s : Ini adalah sebahagian coretan ciptaan aku. Kalau ada masa nanti aku post kan yang lain-lain.. Tak best sangat pun.. Ehehe.. =p (Coretan ini juga aku dah post kat Facebook)

6 comments:

  1. Ahaha.. aku hadiahkan untuk ko la.. =p

    ReplyDelete
  2. Gilalah. Puisi kau sekarang. Haha. Keep it up, bro!

    ReplyDelete
  3. 14 sept? y must b posted on dat day... full of memories.

    ReplyDelete
  4. gratis puitis romantis kratis. hishishis -menunggu.

    ReplyDelete