Pengikut Blog Ini

Monday, March 15, 2010

Minggu Sukan Sedunia...




Minggu ini bolehlah aku klasifikasikan sebagai minggu sukan antarabangsa.. Bermula dengan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah pada pertengahan minggu hinggalah kepada perlawanan EPL, pembukaan gelanggang Formula 1 dan Final Badminton All England pada penghujung minggu. Semuanya menarik..

Tahniah buat Lee Chong Wei apabila berjaya menjuarai Kejohanan All England edisi yang ke 100 hari ini. Ini adalah kejuaraan Seluruh England ketiga buat Malaysia selepas Hafiz Hashim melakukannya pada tahun 2003 dan Tan Aik Huang pada 1966. Selepas kejayaan 2003 prestasi Hafiz Hasim merudum teruk dan sukar untuk bangkit kembali sehingga kini. Diharapkan nasib serupa tidak berlaku kepada Lee Chong Wei...

Dalam pembukaan Grand Prix Formula 1 pula Fernando Alonso berjaya meraih kemenangan dalam penampilan pertamanya bersama Ferrari. Ferrari juga meraih kemenangan 1-2 apabila rakan sepasukan Alonso , Felipe Massa menduduki tangga kedua. Tempat ketiga pula diraih oleh Hamilton.. Schumacher pula hanya menduduki tempat ke-6 di depan juara musim lalu Button di tempat ke-7. Pasukan Lotus 1 Malaysia..? Tak perlulah aku tulis... Banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki..

Paling utama hari ini ialah, United kembali ke persada Liga Inggeris apabila bersahaja membenam Fulham di Old Trafford 3-0. Seperti biasa Rooney menjadi antara penjaring buat United. Dan 2 gol lagi menjadi koleksinya hari ini. Satu lagi gol di jaringkan oleh Berbatov hasil hantaran lintang daripada Ji-Sung.. Selepas ini United akan menghadapi Liverpool di Old Trafford.. Diharapkan United akan mematikan terus cabaran Liverpool untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.. =p

p/s : Bangga dengan Chong Wei... Not Arrogant Just Better... =)

5 comments:

  1. Sdra. Aku Reformasi,
    1. Selaku peminat pasukan merah sejak sedekad lalu (bukan Man U) gembira atas kemenangan 1-2 Ferrari semalam; apa hal dengan 'cakap besar' hendak dengar lagu Negaraku pasukan Lotus 1 Malaysia? itu... setakat no. 15 dan 17, jika antara 10 terbaik bolehlah bangga juga sikit-sikit...
    2. Nantikan pertemuan Man U - Liverpool, jauh di sudut hati berharap agar Man U kecundang seperti kecundangnya Man U di Old Trafford musim lalu 1-4... Liverpool tidak berjaya ke Champions League pun tidak mengapa asalkan dapat kalahkan Man U - itulah yang utama... Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Ehehe... Kita nantikan perlawanan besar hujung minggu ini... MU dulu dan kini agak berbeza...

    ReplyDelete
  3. meminati MU sejak..ryan giggs mula cemerlang walau masih di bayangi lee sharpe...
    setuju, MU thn lepas dan thn ni manakan sama :)
    tp pertemuan klasik antara 2 seteru pasti berbeza semangatnya. pool pasti lebih semangat utk ulangi drama thn lalu.
    tp bak pakcu kata runi sekarang sedang ketagih utk skor. x skor je dia akan menggigil haha.

    badminton ? chong wei menang tapi tak mutlak. mata terakhir, bola tangkis jatuh diluar gelanggang, Lin Dan pasti tergelak tgk Chong wei mng mcm tu. Tp walau apa2 pun tahniah buatnya yg jadi juara edisi ke 100.
    Ferari >? arghh hambe tak minat..minat mclaren lagi kot hahah

    ReplyDelete
  4. perlawanan klasik. tp hatiku kuat berkata..mu 3- pool 0.
    chong wei pemenang edisike 100. tp point kemenangan ..? bola jatuh luar gelanggang beb. clearly linesman mistake...
    Lotus Clearly juga..clearly pembaziran. Pembaziran amalan syaitan !
    Gue x minat ferari..layan Schumacher je hehe

    ReplyDelete
  5. pakcu,
    pertemuan klasik yg akan sentiasa klasik.. =p

    aku pun perasan yg shuttle keluar.. mungkin rezeki chong wei.. =)

    Tak minat mane2 team F1.. Minat Alonso sahaja.. Ahaha..

    ReplyDelete