Pengikut Blog Ini

Friday, July 22, 2011

Chelsea : Hanya Satu Jer Yang Mampu..? Malaysia Memang Gempak.. Kahkahkah..

Arsenal 4, Liverpool 6.. Time Chelsea 1 jer..? Haha.. Itu antara status FB member aku tentang match Malaysia - Chelsea semalam. Kahkahkah.. Bangga siot sebagai rakyat Malaysia.. Hehehe... Sape-sape yang pakai jersi Chelsea semalam keluar stadium kena cabut baju la.. Sebijik yang gol tu pun aku rasa tak macam gol. Malu dowh.. Kahkahkah.. Pujian untuk Farizal Marlias. Beberapa cubaan yang boleh disifatkan berbahaya berjaya diselamatkan. Ada striker termahal pun tak guna. Hahaha...
Gol yang aku rasa tak macam gol...

Mungkin Farizal mempunyai misi tersendiri untuk membuktikan kemampuannya di peringkat antarabangsa selepas  disisihkan daripada skuad kebangsaan. Mungkin dia suka lawan dengan team EPL kot.. Kalau masih ingat sewaktu Malaysia menentang United dulu, Farizal juga berkasi cemerlang. Kali ini menentang Chelsea. Juga cemerlang. Selain Farizal, tonggak pertahanan seperti S.Subramaniam juga patut diberi pujian apabila beberapa kali mengekang penyerang-penyerang Chelsea termasuk penyerang yang paling mahal tu daripada menghasilkan gol. Memang terbaik. Lain-lain pemain senior aku lihat macam tak berfungsi sangat. Bagus lagi budak-budak Olimpik ni main. Nampak kemas dan fokus terhadap permainan.

Selepas ini pemain skuad Olimpik akan ke Slovakia untuk latihan intensif selama sebulan di sana. Lawan pertama dalam kelayakan Olimpik peringkat kumpulan adalah Jepun. Sebuah pasukan yang telah diketahui akan kehebatannya. Walauapapun skuad Harimau Muda ini tidak seharusnya gentar dan terlalu menghormati lawan. Karekter seperti ini sedikit sebanyak telah ditonjolkan oleh pemain Harimau Muda sewaktu menentang Chelsea semalam. Tackel-tackel berani yang dibuat apabila berhadapan dengan pemain bertaraf dunia ini seharusnya di puji kerana ini akan meningkatkan lagi keyakinan mereka dalam menghadapi perlawanan-perlawanan yang besar.

Untuk game semalam aku tidaklah mengharap untuk Malaysia menang. Tetapi sekurang-kurangnya dapat mengekang asakan lawan dan memberi cabaran kepada benteng pertahanan lawan. Dan aku dapat lihat itu apabila Malaysia hampir menyamakan kedudukan namun pengalaman yang kurang menyebabkan pemain agak gugup apabila berhadapan dengan penjaga gol lawan. Kalau Safee Sali yang one on one tu, aku rase dah gol kot.. Hehe.. Tapi takpe la.. 1 gol ni pun dah cukup memalukan buat pasukan Chelsea tatkala dua lagi pencabar EPL yang hadir berpesta gol di Bukit Jalil.

Apa-apa pun tamat lah sudah siri jelajah pasukan EPL menentang pasukan Malaysia tahun ini. Mungkinkah akan ada lagi tahun hadapan? Aku pasti tahun hadapan akan ada lagi perlawanan seumpama ini diadakan.. Cuba la try bawak kelab lain pulak.. Barcelona ker.. Real Madrid ker... AC Milan ker.. Tak pun Juventus.. Nak gak tengok Buffon boleh save ke tak free kick Safiq Rahim.. Nak gak tengok Farizal boleh save ke tak free kick Ronaldo.. Kihkihkih..

Congratz Malaysia... All The Best in World Cup and Olimpic Qualification.... We behind You..

p/s : Defend Malaysia Gempak atau Striker Chelsea yang Bodo..? Kahkahkah..!

3 comments:

  1. subramaniam pair dengan aidil kat pertahanan malaysia sure gempak gile

    ReplyDelete
  2. Anon,
    Kena inform Rajagobal nih.. Ehehe...

    ReplyDelete
  3. no..subra should pair with norhafiz zamani...both of them sgt2 matured in defending...

    ReplyDelete