Pengikut Blog Ini

Saturday, December 1, 2012

Entri Kosong Selepas Setahun...

Salam buat semua,

Seingat aku dah lebih setahun aku menyepi daripada arena blog ni..Tetiba rasa rindu pulak kat blog ni.. Sebab tu  tangan duk gatai  gak menaip entri  tengah2 malam. ni.Tak kisah la, ada orang baca ke tak, yang penting aku nak cuba hidupkan balik blog aku yang dah hampir berkulat ni.. Kalau dah berkulat, buang sikit2 kulat tu oke la kot.. Hehehe..

Okeh. cukup intro. Untuk entri kali ini setelah lebih setahun aku meletak ketepi blog ini aku nak sembang sikit pasal AFF Suzuki Cup yang orang tengah duk hangat cerita la ni. Sebagai rakyat Malaysia yang sukakan bola sepak konfem2 la aku pun duk terikut skali nak sembang pasal bola ni. Sampai tunang aku pun berbulu je sebab asyik cakap pasal bola. Hehehe.. Lupa plak nk bitau, aku dah tunang. Keh3..

Setelah memulakan aksi peringkat kumpulan dengan lemah gemalai apabila tumbang 0-3 kepada Singapura, anak buah K Rajagobal meningkatkan corak permainan apabila berjaya menang ke atas Laos 4-1. Walaupun aku rase 4-1 tu tidaklah cukup bagus jika hendak dibandingkan dengan deretan peluang yang terhidang buat para pemain Harimau Malaya, tapi itu sudah cukup untuk menaikkan kembali semangat dan menyalakan harapan untuk mengekalkan kejuaraan yang dimiliki2 tahun lepas.

Selepas ini Harimau Malaya akan bertemu pula dengan Sang Garuda ; lawan yang ditewaskan pada aksi final 2 tahun lepas dan aksi final Sukan Sea yang lepas. Atas kertas kedua-dua pasukan dilihat seimbang dengan peluang 50-50. Tapi jauh disudut hati aku,aku  yakin Harimau Malaya akan menang bergaya ke atas Sang Garuda seterusnya layak ke separuh akhir. Yang penting Harimau Malaya perlu bermain dengan corak yang lebih kreatif dan moden. Jangan asyik long pass je.. Gile bosan.. Kalau long pass tu tepat tak pe juga.. Huhu..

Selamat berjaya kepada pasukan Malaysia. Harap Laos menang dengan Singapura sebab aku tak suka Singapura. Hahaha.. All The Best.. Challo..

p/s : Konfem esok penuh stadium.. Sayang tak dapat pergi sebab aku ada hal yang lebih utama..  Tengok tv je la jawabnye.. Huhu.. (^_^)

Gambar : Credit to beritasemasa.com


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete