Pengikut Blog Ini

Wednesday, July 27, 2011

PRU-13 Dah Dekat Wei... Dah Daftar Ngundi Belum..??

Baik korang dengar cakap bos korang.. Hahaha... Rase lawak pun ada.. Rasa kesian pun ada.. Kahkahkah.. Pusing-pusing dekat surat khabar mainstream ni, aku terbaca satu statement "Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta bekerja lebih keras dan menemui rakyat sekerap mungkin untuk menerangkan projek pembangunan yang dilakukan kerajaan seolah-olah pilihan raya akan diadakan hujung minggu ini" Ape da.. Selama ni korang tak pernah jumpa rakyat ker sampai nak kena mintak suruh jumpa dengan rakyat..? Kahkahkah.. Jangan ada yang salah paham pulak.. Ini kenyataan perli.. Kang ade pulak yang bodoh piang kate aku fitnah cakap wakil rakyat tak pernah jumpa rakyat.. Hahaha... 

Tak pe la.. Sekurang-kurangnya korang diingatkan agar tidak duk senang-lenang lagi. PRU-13 sudah semakin hampir. Hanya tunggu saat dan ketikanya saje.. Kadang-kadang aku terfikir, adakah rakyat hanya mahu projek pembangunan semata-mata.? Dah lebih 50 tahun ni pun masih ada tempat yang bekalan air dan elektrik tidak dapat disalurkan. Masih ada yang duk merempat tiada tempat tinggal. Kat tempat aku ni, kalau nak tengok tv nak kena pasang Astro. Kalau takde Astro HARAM tak de siaran. Kalau dapat pun siaran TV1, TV2, NTV7.. Tu pun nak kena pasang aerial tinggi macam KLCC baru dapat. Ish.. tak paham la aku..

 Kartun SpongeBob lagi Best.!!
Kerajaan harus ingat bahawa material semata-mata tidak akan menjamin mereka mendapat undi dengan mudah. Tabur duit orang undi.. Tabur duit orang undi... Kalau dulu boleh la.. Sekarang dah tak valid lagi dah.. Pada pandangan aku, golongan muda hari ini lebih cenderung untuk tidak menyokong kerajaan yang sedia ada.. Golongan muda hari ini tidak tertumpu kepada media yang sedia ada saje.. Banyak lagi media alternatif yang boleh memberi maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkara disebalik maklumat-maklumat mengampu Barisan Nasional yang bersepah dekat tv tu.. Aku sekarang ni pun dah malas nak tengok berita kat tv tu.. Elok-elok tak muntah, boleh keluar muntah kuning kalau tengok.. Baik aku tengok SpongeBob.. Haha..!

Sudah-sudah la nak sogok rakyat dengan kebendaan dan material. Itu dah jadi tanggungjawab kerajaan nak kena bagi.. Itu pun masih ada yang belum terlaksana.. Boleh jalan la dengan projek mee segera tu.. Korang bagi,, kita ambik.. Korang suruh undi, kitorang pikir balik... Bukan senang-senang nak dapat undi kitorang..
Kadang-kadang bila aku cakap macam ni, ada la suara-suara pencacai yang cakap, sedar la diri tu sikit, blaja pun kerajaan tanggung.. Ko kerja pun dengan kerajaan.. So what kalau kerajaan tanggung..? Asal kerajaan tanggung kena undi kerajaan..? Ikut suka aku la nak kan... Hahaha..! Ade jugak yang kata kita ni tak bersyukur dengan apa yang kerajaan bagi sampai nak go against the BN-government. Haha.. Wei, rezeki tu Allah yang turunkan.. Bukan kerajaan-BN yang turunkan..Sedarlah sikit.!

Dah la.. penat pulak aku membebel dalam entri kali ni.. Kepada anak muda yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, baik pergi daftar sekarang sebelum terlambat... Korang nak ke tengok negara ni makin musnah dek kerakusan pemimpin sekarang..? Pikir la sendiri yer..

p/s : Tetiba emo sket dalam entri kali ni.. Ahaha... Petikan tu aku petik dekat Berita Harian Online...

No comments:

Post a Comment