
Jika dibandingkan antara Arsenal dan pasukan Malaysia, mungkin rata-rata akan memberi kredit kepada Arsenal untuk mengatasi Malaysia malam esok. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, Aku merasakan bahawa perlawanan ini sangat penting buat skuad Malaysia untuk "test" power sebelum menentang Liverpool pada Sabtu dan yang lebih utama menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Rajagobal mungkin ada percaturan tersendiri untuk memastikan keputusan perlawanan persahabatan ini memihak kepada kem Malaysia. Andaikata Malaysia menang, sedikit sebanyak akan memberi keyakinan kepada pemain Malaysia dan mungkin akan menggentarkan pasukan Singapura dengan rekod yang di bawa oleh Malaysia apabila bertandang ke tempat mereka nanti. Haha.. Kira macam psiko la kat Singapore nanti. Kalau kalah dengan Arsenal pun tidak mengapa. Semua orang tahu Arsenal sebuah pasukan yang hebat.. Tapi tidaklah sehebat Manchester United.. Ahahaha...
Pape pun, Aku mendoakan yang terbaik buat skuad negara. Kasi malu sket kat Arsenal tu. Kasi malu jugak sama Liverpool. Hahaha... Aku memang suka tengok dua team ni KALAH.. Wakaka... Untuk Chelsea, Aku simpan dulu ceritanya.. Malas nak sembang banyak-banyak.. Ahahaha....
p/s : Sayang Manchester United tak datang tahun ni... Rajagobal pun lebih minat MU sebenarnya.. Kihkihkih...
No comments:
Post a Comment