Pengikut Blog Ini

Wednesday, July 13, 2011

Arsenal Lebih Hebat..Malaysia Tetap Di Hati...

Dipetik daripada senoktah.blogspot.com
Arsenal terlalu hebat buat Harimau Malaya... 4-0 tu kena... Ramsey, Walcott, Rosicky dan sape ntah lagi sorang yang score. Ahaha.. Sori lah aku tak perasan plak sape yang score gol ketiga tu.. Tapi takpe la.. Biasa la tu adat permainan.. Memang tak dinafikanlah kekuatan Arsenal jika hendak dibandingkan dengan skuad Harimau Malaya ni.. Ehehe.. Cuma yang agak tak best, aku rase ada gol yang dijaringkan tu macam senang sangat.. Adoi.. Defend mana defend..? Kasi mantap sket la... Baru best...

Lepas ni lawan Liverpool pulak. Apa pulak nasib skuad negara selepas ini. Skuad Liverpool dijangka tiba esok di Kuala Lumpur dari China. Mungkin perlawanan menentang Liverpool Sabtu ini akan menebus kekecewaan sewaktu menentang Arsenal. Jadikan kunjungan sulung Liverpool ke Malaysia menjadi detik buruk kelab itu. Ehehe.. Malaysia memang terbaik kalau menang dengan dorang. But still Liverpool is the favourite team to win against us.

Congratz to Arsenal. Mungkin selepas ini giliran Malaysia untuk menang. Jumpe lagi tahun depan kalau masih mahu datang ke Kuala Lumpur.. Buat Malaysia, yang penting korang menang dengan Singapore. Game dengan Arsenal dan Liverpool ni just untuk warm-up dan try taktik-taktik baru untuk menghadapi perlawanan penting menentang Singapore nanti..

All The Best..!! Aku akan sentiasa sokong Harimau Malaya walaupun korang kalah... Gudluck..!!

p/s : Hampeh betul takde LIVE kat tv game ni... Game Liverpool lawan Guangdong ada plak LIVE kat tv.....

No comments:

Post a Comment