Pengikut Blog Ini

Tuesday, April 12, 2011

Catatan Hujung Minggu.....

Hujung minggu lepas aku balik ke kampung. Ada kenduri sket kat kampung. Biasalah kalo dah kenduri tu mestilah sedara-mara yang ade kan. Kalau dah duk berkumpul tu kalo duk bersembang memang berejam la. Ahaha.. Macam-macam cerita keluar. Daripada citer telur palsu, harga minyak sampai lah kepada isu-isu semasa termasuklah cerita-cerita pilihanraya kat Sarawak dan PRU yang bakal menyusul sedikit masa lagi..

Haha.. Bile start cerita bab politik ni aku yang dah duk satu table ni pun cube la memerhati apa cerita makcik pakcik aku serta sepupu sepapat aku ni.. Secara keseluruhan yang dapat aku simpulkan, semuanya menjurus ke arah ketidakpuashatian mereka terhadap pimpinan hari ini. Seingat aku la belah family aku ni kebanyakannya penyokong kerajaan. Pelik jugak.. Siap ada yang kuar statement "kalo tengok bawah najib ni makin teruk ada la.." 

Ada sedara aku yang duk kat Selangor ni cakap dorang senang je bawah pentadbiran kerajaan negeri sekarang. Ada jugak rakan-rakan mereka yang berada di negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Kedah menyatakan senang dengan corak pentadbiran di negeri-negeri tersebut. Itu cerita mereka.. Aku tak nak la komen lebih-lebih.. Sekadar dengar dan mencelah sikit-sikit je la.. Adakah isu-isu yang dibangkitkan di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat sekadar rekaan atau hanyalah isu kecil yang turut juga berlaku semasa tadbiran BN dulu..? Aku taknak cakap apa-apa.. Biarlah penduduk negeri tu yang tafsirkan sendiri..

Berhubung dengan PRN di Sarawak, para pemerhati bebas yang terdiri daripada sedara-mara aku ini turut mengatakan bahawa tempoh kempen yang pendek adalah untuk mengelakkan maklumat dan kempen yang ingin disampaikan oleh PR dapat dihadkan.. Hahaha.. Bila pikir-pikir balik ada la logik nya jugak.. Bayangkan tempoh kempen untuk PRN sama dengan tempoh kempen PRK Dun yang mana skalanya lebih kecil jika dibandingkan dengan PRN Sarawak yang mempunyai skala yang lebih luas. Haha.. Tak kisahlah.. Sebelum ni pun lebih kurang jugak kan masanya… Betul tak..? Ke aku salah..? Kalau salah tolong lah betul kan ye.. Malas nak tengok atau rujuk mana-mana.. Wakaka..!!

Apa-apa sajalah.. Kesimpulan yang aku nak buat kat sini adalah pada pandangan aku sokongan kepada pimpinan Najib nampaknya semakin berkurangan walaupun di media menyatakan sebaliknya. Walaupun ini hanyalah pada peringkat rendah yang mana skalanya kecil yakni di kalangan ahli keluarga sahaja tetapi harus dipandang serius oleh mereka yang sepatutnya.. Haha..

p/s : Ayat yang aku tak boleh lupe...Maksud rakyat didahulukan adalah semua perkara yang melibatkan rakyat seperti kenaikan harga barang dan lain-lain akan ditanggung oleh rakyat DAHULU... Wakaka..!!

2 comments:

  1. suka sgt dgn entri ini. tergelak kawan membacanya.skrg ni pun saya semakin mual menonton berita (x kiralah chanel apa pun...). surat khabar jgn ckp laa.... huhh!

    ReplyDelete
  2. zura : Tgk je lah apa yg bakal berlaku.. Ehehe..

    ReplyDelete