Pengikut Blog Ini

Monday, September 20, 2010

Hadiah Hari Lahir Untuk Aku..


Hadiah terbaik untuk ulangtahun kelahiran aku semalam. Ahaha... Terima kasih bebanyak buat Berbatov yang menceriakan hidup aku semalam walaupun pada suatu ketika kecuakan melanda diri apabila Liverpool menyamakan kedudukan setelah United mendahului dengan 2 gol.

Persembahan serba menjadi buat Berbatov malam semalam menyelamatkan United daripada keciciran jauh daripada pendahulu liga ketika ini ; Chelsea. Tuah juga memihak kepada United apabila Arsenal hanya mampu seri apabila bertemu Sunderland, sehari sebelum perlawanan United-Liverpool bermula.

Selepas ini United akan bertandang ke Bolton untuk mencari lagi 3 mata penuh bagi memastikan musim ini menjadi milik United. Tatkala Chelsea bakal berdepan cabaran Manchester City di tempat lawan, United seharusnya mengambil peluang untuk merapatkan kedudukan kerana mungkin Chelsea akan keciciran mata dalam perlawanan ini walaupun Chelsea dilihat sukar untuk ditewaskan buat masa ini.

Bagi Arsenal pula, mereka akan menghadapi lawan yang lebih mudah selepas ini apabila menanti kunjungan West Brom di Emirates. Sungguhpun dilihat mudah, namun apa sahaja boleh berlaku. Silap hari bulan, Arsenal juga boleh keciciran mata di Emirates.

Apa-apa pun, menang 3-2 keatas Liverpool semalam menjadi hadiah hari lahir terbaik aku tahun ini.. Thanks Berbatov and friends.. =p

p/s : Sampai bila Chelsea mampu bertahan di persada liga..?

1 comment: