
Minggu yang hampeh buat kelab-kelab gergasi EPL. Semuanya drop point. Bermula dengan Chelsea yang kelihatan gagah turun tumbang kepada City 1-0. Diikuti pula dengan Liverpool dan Arsenal selepas itu. Arsenal tewas 2-3 di laman sendiri setelah ketinggalan 3-0 pada suatu ketika kepada pendatang baru West Brom. Liverpool pula seperti biasa hanya mampu seri 2-2 dengan Sunderland walaupun dihadiahkan dengan gol pelik pada awal permainan.
Terbaru, nah United pun nak drop point jugak.. Seri 2-2 dengan Bolton selepas 2 kali ketinggalan. Kalau tidak sudah pasti jarak mata dengan Chelsea menjadi 1 berbanding 3 mata pada ketika ini.
Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya United masih dapat menyelamatkan satu mata daripada hilang terus.
Setelah 6 perlawanan hanya 2 pasukan yang masih belum kalah ; Manchester United dan juga Fulham. Sungguhpun masih belum kalah, Fulham hanya menang sekali dan yang lainnya seri memanjang. Bolehlah dikatakan baik. Setidak-tidaknya mereka tidak kalah.
Yang menjadi persoalan sekarang adalah, adakah rekod tanpa kalah kedua-dua pasukan ini akan berterusan? Dengan Fulham akan berdepan dengan West Ham dan United bakal bertemu Sunderland sudah pastinya jika di atas kertas kedua-dua pasukan dilihat mampu untuk meneruskan rekod tanpa kalah ini.
Sudah pastinya pertembungan paling menarik hujung minggu ini adalah antara Chelsea dan Arsenal. Setelah tewas kepada lawan masing-masing pada minggu lepas, sudah pastinya kedua-dua pasukan akan mempamerkan aksi yang memberangsangkan untuk mencabar mahkota kejuaraan pada musim ini.
p/s : Aku sebenarnya dah tak rasa Liverpool itu kelab gergasi EPL. Semacam boleh ditewaskan oleh mana-mana pasukan dan Norththampton telah pun membuktikannnya..!
semua ada chance menang ada chance kalah.
ReplyDeletenobody invincible.
Man.U pun xtau la sampai bila :)
harap2 minggu depan grab 3 points.
Chelsea vs Arsenal. Gua predict pelajar sekolah Sukan Arsene akan bungkus.
Seperti biasa, untuk match2 yg macam ni aku nk predict seri ajer.. At least, kedua-duanya drop point. Tetapi still game memihak kepada Chelsea...
ReplyDelete