Pengikut Blog Ini

Saturday, September 18, 2010

Apakah Nasib United Esok..?


Apakah nasib United esok..? Adakah episod malang akan berterusan atau perlawanan menentang Liverpool esok menjadi satu titik tolak kepada kebangkitan United pada musim ini?

Setelah seri dalam 2 perlawanan berturut-turut, United sudah pastinya mahu bangkit untuk kembali ke landasan kemenangan. Liverpool mungkin mendapat sedikit suntikan semangat setelah berjaya membenam cabaran Steaua Bucharest dalam Piala Europa di Anfield.

Perlawanan ini pada aku sangat penting dalam memastikan United berada pada landasan yang tepat untuk merampas kembali gelaran juara liga daripada Chelsea. Chelsea yang berada pada tahap terbaik pada ketika ini dilihat tidak begitu bermasalah untuk menewaskan lawannya minggu ini ; Blackpool.

Namun begitu, prestasi Blackpool setakat ini bolehlah dipuji apabila mencatat 2 kemenangan, 1 seri dan tewas sekali dalam musim pertama untuk berada di tangga keempat liga setakat ini. Diharapkan agar prestasi cemerlang ini dapat diteruskan dalam perlawanan menetang Chelsea esok.

Pesaing lain seperti Arsenal juga dilihat tidak bermasalah untuk menundukkan Sunderland di tempat lawan. Tapi jangan dilupa bahawa apa sahaja boleh berlaku dan mungkin Arsenal juga boleh keciciran mata di Sunderland.

Apa-apa pun, ALL THE BEST buat United. Semoga perlawanan menentang musuh tradisi ini dapat mengubat kekecewaan dalam 2 perlawanan terdahulu.

p/s : Prediction : Manchester United 2-1 Liverpool

No comments:

Post a Comment