
Awal pagi esok saingan Liga Juara-Juara akan mula membuka tirainya. Pasukan tumpuan aku sudah pastilah United yang akan turun menentang Rangers di Old Trafford awal pagi esok waktu Malaysia. Dalam perlawanan awal pagi esok, Rooney yang direhatkan dalam perlawanan menentang Everton minggu lalu dijangka akan kembali dan Ferdinand juga akan turut menguatkan kembali barisan pertahanan yang kelihatan agak rapuh terutamanya pada minit-minit akhir perlawanan.
Diletakkan bersama Valencia, Bursaspor, dan Rangers dalam kumpulan C, United dilihat tidak menghadapi masalah untuk mara ke peringkat seterusnya. Hanya sesuatu yang di luar jangkaan sahaja akan menafikan anak didik Ferguson ini untuk mara ke peringkat seterusnya.
Selain United, kelab Inggeris yang akan turun dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan awal pagi esok adalah Tottenham Hotspurs yang akan menentang Werder Bremen di tempat lawan. Ini adalah penampilan pertama Spurs di peringkat tertinggi Eropah selepas 48 tahun.
Berikut adalah jadual perlawanan yang akan berlangsung awal pagi esok :-
Kumpulan A - FC Twente lawan Inter Milan
- Werder Bremen lawan Tottenham Hotspurs
Kumpulan B - Olympique Lyon lawan Schalke 04
- Benfica lawan Hapoel Tel Aviv
Kumpulan C - Manchester United lawan Rangers
- Bursaspor lawan Valencia
Kumpulan D - Barcelona lawan Panathinaikos
- FC Copenhagen lawan Rubin Kazan
p/s : Moga kejayaan milik United... =)
No comments:
Post a Comment