Pengikut Blog Ini

Wednesday, September 29, 2010

Peperangan Galas Sudah Bermula...


Masuk sket cerita politik. Dah lama aku tak bercerita tentang politik kat blog aku ni. Maklumlah. aku kadang-kadang tu dah muak dengan trend politik yang sama sahaja. Tidak berubah. Orang sana kutuk sini, orang sini kutuk sana. Sampai bila?

Sebelum aku mulakan apa-apa, ucapan takziah daripada aku buat ahli keluarga Allahyarham ADUN Galas yang pergi meninggalkan kita buat selamanya. Pemergian ADUN Galas menandakan satu lagi Pilihan Raya Kecil akan diadakan.

Tatkala tanah kubur masih merah, kedua-dua belah pihak sudah memalukan gendang masing-masing walaupun wisel belum lagi ditiupkan. Dan sudah pastilah gendang yang paling kuat dipalu datang daripada kumpulan yang kalah pada pilihanraya umum lalu. Ehehe...

Rasanya tak perlu aku cakap sape. Semua orang pun tahu. Sebelum aku mula bicara biarlah kata maaf dipinta. Takut nanti ada yang terasa. Pada pandangan aku, puak-puak yang memalu gendang dengan kuat ini hanyalah untuk menghilangkan gemuruh di hati. Takut-takut kalah, malu lagi nanti. Setidak-tidaknya mereka sudah menang sorak. Mungkin dapat memberi kelebihan psikologi disitu.

Melihat kepada kawasan ini, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS hanya menang dengan majoriti kurang daripada 1000 undi pada pilihanraya umum yang lepas. Mungkin sebab itulah puak-puak dalam UMNO ni berkokok siang dan malam. Jika kita masih ingat Manek Urai. Dalam pilihanraya umum Pakatan Rakyat mendapat majoriti yang agak besar tetapi mereka tidak mampu untuk mengekalkan jumlah undi itu sehingga mereka hanya mampu untuk menang dengan majoriti yg kecil sahaja dalam Pilihan Raya Kecil. Mungkin atas faktor itu, Pakatan Rakyat harus berwaspada dengan segala taktik yang bakal digunakan oleh UMNO/BN.

Walauapapun, aku masih menaruh keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi mereka di DUN Galas. Aku tak dapat bayangkan suasana dan keadaan media-media kat Malaysia ni kalau UMNO/BN berjaya merampas kerusi tersebut. Pasti gegak gempita 3 hari 3 malam. Wakaka...

p/s : Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya jua kita kembali...


No comments:

Post a Comment