Pengikut Blog Ini

Sunday, September 12, 2010

3 - 2 = 1 , Cis..!!


Malang buat United. Tatkala 3 mata hampir pasti dalam tangan, benteng terakhirnya dilihat tidak bermaya untuk menahan asakan daripada barisan hadapan Everton. Akhirnya padah menimpa apabila 2 gol dalam masa 2 minit telah melucutkan 2 mata berharga untuk sekadar seri dengan Everton.

Setelah perkara yang hampir sama berlaku dalam perlawanan di Craven Cottage minggu yang sebelumnya, barisan United terpaksa menghadapinya sekali lagi dan kini di Goodison Park. Pujian buat barisan David Moyes apabila terus mengasak ke kubu United sungguhpun ketinggalan 2 gol dalam 3 minit terakhir masa kecederaan.

Aku rasa, kalau bagi seminit lagi extra boleh kalah United semalam. Nasib baiklah masa kecederaan hanya 3 minit. Kalau tak memang lagi berbulu la aku tengok game ni. Di kala Chelsea dan Arsenal terus mengukuhkan kedudukan dalam liga, United aku lihat sedikit tersentak dengan tahap permainan pada minit-minit akhir perlawanan. Pertahanan yang kucar-kacir dan terlalu yakin menyebabkan mereka kehilangan mata-mata yang berharga.

Untuk rekod setelah 4 perlawanan hanya tinggal 3 pasukan yang masih belum kalah iaitu Chelsea, Arsenal, Manchester United dan Fulham dengan Chelsea masih cemerlang dengan 4 kemenangan. Birmingham mungkin boleh berada dengan kelompok ini andai kata berjaya menewaskan Liverpool atau sekurang-kurangnya seri untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka.

Selepas ini United akan bertemu dengan musuh tradisi ; Liverpool di Old Trafford. United harus lebih fokus lebih-lebih lagi apabila bertemu pasukan seperti Liverpool. Harap-harap, perkara yang sama tidaklah berulang lagi.

Okelah, moga kita bertemu lagi dalam coretan aku yang akan datang. Daa~

p/s : Bilalah Chelsea ni nak drop point plak..

2 comments:

  1. Sdra Aku Reformasi,
    1. Selamat Aidilfitri, semoga terus menyambutnya dengan keadaan baik dan sejahtera.
    2. Hari raya ke-2 ini cukup bermakna juga pabila Man U sekadar seri dengan Everton.
    3. Selalunya Man U dapat peluang sehingga 6-8 minit masa tambahan tapi Everton bernasib malang hanya 3 minit sahaja, kalua tudak mungkin keputusannya jadi 4-3 @ 5-3 menyebelahi Everton... Hehehe...
    4. Apa-apapun banyak lagi perlawanan buat Man U, Chelsea, Liverpool, Man City dan lain-lain...

    ReplyDelete
  2. Sdra RAR,
    1.Selamat Aidilfitri juga.
    2.Ehehe.. Semoga perlawanan selepas ini lebih memihak kepada United...
    3.Kalau tewas dengan Everton memang episod yg paling malang buat United.
    4.34 perlawanan selepas ini seharusnya tidak disia-siakan..

    ReplyDelete