Pengikut Blog Ini

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Datang Ke Rome...



Mudah. United melangkah dengan penuh bergaya ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara apabila membenam cabaran Arsenal di peringkat suku akhir hari ini dengan aggregat 4-1. Maaflah Arsenal, tiada lagi piala untuk anda musim ini. Hehe..

Ternyata Arsenal seakan-akan mati langkah apabila ketinggalan 2 gol apabila permainan baru berusia 11 minit apabila Park Ji Sung meletakkan United di hadapan pada minit kelapan sebelum Ronaldo menambah lagi derita buat tuan rumah dengan freekick menarik 3 minit kemudian. Rentak kecemerlangan ini berterusan apabila Ronaldo sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 61. Malang buat Fletcher apabila terlepas peluang beraksi di final apabila menerima kad merah setelah melakukan kekasaran dan menyumbang kepada gol tunggal Gunnners dalam perlawanan ini.

Walauapapun, tahniah buat para pemain. Permainan gaya United inilah yang dimahukan oleh seluruh fan United. Jumpa di Rome untuk menjadi pasukan pertama untuk mengekalkan piala bagi 2 musim berturut-turut.

Semoga 2 kejuaraan yang masih tinggal ini (EPL dan CL) akan menjadi milik United bagi melengkapkan misi memenangi 4 piala musim ini selepas gagal untuk bersaing merebut Piala FA untuk kemenangan 5 piala..

p/s : Siapa lawan United di Final CL...

2 comments:

  1. rome here we come. Pasukan pertama berjaya mengekalkan kejuaraan...dah tempah tiket ke belum ?hahaha

    ReplyDelete
  2. Haha... Aku dah tempah dah tiket.. Aku beli sekilo... Haha... Glory..Glory...

    ReplyDelete