Pengikut Blog Ini

Wednesday, April 8, 2009

PR 2-1 BN : Kemenangan Untuk Rakyat.

Kemenangan PR di dua kawasan iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah memberikan gambaran jelas kepada BN bahawa mereka masih lagi belum mampu meraih kepercayaan daripada rakyat. Malah peningkatan majoriti bagi kedua-dua kawasan tersebut juga meningkat berbanding majoriti pada PRU-12 yang lepas.

Nizar memenangi kerusi Bukit Gantang dengan majoriti 2798 undi manakala S.Manikumar pula menewaskan 13 calon Bebas dan calon BN dengan majoriti 2403 undi. Walaubagaimanapun BN berjaya memenangi kerusi Batang Ai juga dengan peningkatan majoriti apabila mendapat majoriti sebanyak 1854 undi.

Kemenangan PR ini menunjukkan betapa kerajaan pimpinan Datuk Najib perlu berusaha gigih bagi memastikan BN terus kekal berkuasa pada masa hadapan. Jika tidak PR akan terus memenangi satu-persatu pilihanraya yang berlangsung pada masa akan datang.

p/s : PR masih di hati rakyat... :)

2 comments:

  1. Yang aku tak tahan, tabiat BN NI.
    Asal kalah, mesti tak nak naik pentas masa umum result.
    Kecut betul. Haha!

    ReplyDelete
  2. Haha..!! Segan la tu kena tolak dengan rakyat..!! Tak guna banyak slogan... Haha..!!

    ReplyDelete