Pengikut Blog Ini

Monday, July 4, 2011

Taiwan Yang Menang, Malaysia Yang Mara.. Hahahaha..!!

Aku malas nak sembang banyak-banyak. Yang penting Malaysia layak ke pusingan seterusnya untuk main World Cup 2014. Haha..!! Lepas ni jumpe Singapore. Satu negara yang pemain bola mereka kebanyakannya import. Tak cukup player la katakan.. Kih Kih Kih.. Singapore qualified secara automatik ke pusingan kedua selepas aksi mereka yang memberangsangkan pada qualifying World Cup 2010 yang lepas apabila menduduki tangga ke-3 dalam peringkat kumpulan. Dalam erti kata lain Malaysia akan berhadapan dengan satu pasukan yang hebat pada pusingan yang seterusnya. Kalau main macam 2nd half semalam, alamat petaka bagi skuad Harimau Malaya.

Negara kecil ini mungkin akan memberi masalah kepada skuad negara andai kata para pemain leka dalam permainan mereka. Game lawan Singapore ni nampak macam mudah. Tapi aku rasa antara game yang payah jugak.. Mungkin persaingan sengit berlaku bagi merebut tempat dalam 20 pasukan terbaik di Asia.

Apa-apa pun TAHNIAH buat Harimau Malaya. Sungguhpun tewas di Taiwan namun 2 gol di tempat lawan memastikan kemaraan skuad Harimau Malaya. Kredit juga untuk Sharbinee yang menjaga gawang dengan baik malam semalam. Dalam 3 penalti 1 dapat safe 2 lagi layangan ke arah yang tepat tetapi tak dapat tangkap sebab bola laju sangat. Yang lain2 safe tu aku malas nak cakap la.. Taiwan nye striker pun lebey kurang Malaysia gak.. Tak score. Suruh midfielder dengan defender yang score... Kih kih kih...

Singapura! Kami akan datang dengan misi untuk menyerang habis-habisan..!! GO MALAYSIA..!!

p/s : Kecewa dengan komentator Astro Arena yang tak tahu sangat pasal peraturan gol tempat lawan.. Teragak-agak nak cakap Malaysia Qualify next round... Ape Daa.....

No comments:

Post a Comment