Pengikut Blog Ini

Monday, July 18, 2011

Rangkuman Bola Sepak : Aksi Bertaraf Dunia..!!

Rangkuman bola sepak seluruh dunia. Ahaha.. Banyak betul aksi bola sepak dalam 2-3 hari ni.. Bermula dengan aksi Malaysia menentang Liverpool, Copa America, dan Piala Dunia bola sepak wanita. Banyak cerita menarik sebenarnya. Nak menjimatkan masa dan ruang, aku nak kongsi dengan korang dalam entri ni. Ehehe...
Bermula dengan perlawanan Malaysia-Liverpool, seperti dijangka Liverpool berjaya memenangi perlawanan tersebut. Walaubagaimanapun, prestasi skuad Malaysia harus dipuji apabila berjaya mengikat Liverpool 1-1 pada separuh masa pertama. Gol Safiq tu memang world class..!! Haha.. Kalau tak salah aku dah 3 kali dh dalam bulan ni dia score macam tu. Memang stail gile la.. Liverpool pun dh macam nervous bila Safee Sali score 2 bijik dalam masa 3 minit. Pergh memang terbaik.. Cuma 2 gol dalam minit kecederaan menyebabkan Malaysia kelihatan seperti "kalah besar" dengan Liverpool. Bolos 6 kali.. Adeih.. Sekali lagi, defensive line macam tak fokus.. Lepas ni nak lawan Singapore, dan berpandukan skuad yang sedia ada, Malaysia mampu untuk mengatasi mereka. Juz need some "renovation" dekat defensive line.. But for this game, it much better than the game with Arsenal.. All the best Malaysia. Hope you all bring the success from there.

Untuk Copa America plak, sebelum aku komen pape, aku nak gelak dulu.. Kahkahkah... Sebelum bermulanya perlawanan suku akhir, ura-ura untuk menyaksikan pertembungan dua gergasi Amerika Selatan iaitu Argentina dan Brazil di perlawanan akhir akan terlaksana. Tapi, jangan kata perlawanan akhir, separuh akhir pun kita tak dapat tengok dorang ni main. Ahaha.. Sebab ape, baru quarter final dorang dah kalah. Kihkihkih... Tak pe la.. Kasi can team lain pulak yang menang. Hehe.. Copa America kali ni memang banyak kejutan.. Terbaru Chile pulak tumbang dengan Venezuela. Ehehe.. Ini baru peringkat suku akhir.. Kita tengok apa pulak keputusan separuh akhir  nanti.

World Cup bola sepak wanita. Mungkin tidaklah se gah World Cup untuk bola sepak lelaki. Tetapi banyak juga aksi-aksi menarik yang di pamerkan. Tambah pulak tengok awek-awek yang main bola. Ehehe.. Best tu.. =p Untuk edisi kali ini, Jepun berjaya menjuarainya buat julung kali apabila menewaskan Amerika Syarikat yang merupakan salah satu pasukan feveret untuk bola sepak wanita. Kejayaan ini memberikan satu kebanggaan buat negara Asia apabila berjaya menempatkan diri sebaris dengan pasukan bola sepak di Eropah. Kejayaan ini menyusul menerusi sepakan penalti apabila pasukan Jepun yang ketinggalan berjaya menyamakan kedudukan 3 minit sebelum masa tambahan tamat. Pasukan Asia memang terbaik.. Bila la pulak  team bola sepak wanita Malaysia nak maju.. Tak kan nak jadi pasukan belasahan jer..? Ehehe..

Apa-apa pun.. Aksi bola sepak 2- 3 hari ni memang best... Banyak sangat sampai aku nak cerita detail sangat pun malas. Kihkihkih.. 

p/s : Tak sabar tunggu Under 23 Malaysia lawan Chelsea... =) 

No comments:

Post a Comment