Pengikut Blog Ini

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya : Apa Pandangan Aku..?

Ini adalah entri kedua pasca ketidaklayakan skuad Harimau Malaya untuk ke pusingan ketiga zon Asia dalam kelayakan Piala Dunia 2014. Entri pertama, satu entri pantas sejurus selepas perlawanan korang boleh baca dalam entri sebelum ini.. Untuk entri kali ini Aku cuma nak berkongsi pandangan aku tentang persembahan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia kali ini..

Khairul Fahmi memang terbaek semalam..!
Selepas diundi untuk bertemu dengan pasukan Taiwan pada pusingan pertama dan bakal bertemu dengan Singapura pada pusingan kedua jika berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad Harimau boleh menarik nafas lega kerana berjaya mengelakkan pasukan yang lebih hebat seperti Oman dan Kuwait di pusingan pertama. Hasil keputusan undian memberi semangat baru kepada skuad Harimau Malaya kerana di atas kertas kita adalah lebih kurang sama tahapnya dengan pasukan Taiwan. Hasilnya, Malaysia berjaya menang ke atas Taiwan dalam perlawanan pertama di Bukit Jalil hasil jaringan hebat oleh Safiq Rahim dan Aidil Zafuan. Sungguhpun begitu, pasukan Taiwan berjaya juga untuk membolosi benteng negara di saat kita di hadapan dengan 2 gol. Skrip yang serupa juga berlaku di Taiwan. Apabila kita berjaya di hadapan dengan 2 gol, barisan pertahanan kita dilihat seolah-olah sudah berpuas hati sehingga melepaskan 3 gol untuk kita tewas di Taiwan 3-2. Mujurlah peraturan gol di tempat lawan menyebelahi kita dan telah membawa kita ke pusingan kedua untuk menentang Singapura..

Sebelum bermula pusingan kedua, skuad Harimau Malaya telah menghadapi 2 perlawanan persahabatan menentang gergasi EPL iaitu Arsenal dan Liverpool. Hasilnya, kita telah membawa satu rekod yang buruk ke Singapura dengan kebolosan sebanyak 10 gol tidak termasuk gol yang bolos dalam perlawanan menentang Taiwan. Jika dihitung bermula dengan perlawanan dengan Taiwan, kita telah bolos sebanyak 14 kali dalam 4 perlawanan. Secara puratanya adalah 3.5 gol dalam satu perlawanan. Kita juga telah hadir dengan rekod 3 kekalahan berturut-turut sebelum memulakan aksi di Singapura untuk perlawanan kedua. Setelah diteliti kembali, aku merasakan bahawa ini adalah tidak baik untuk pemain kerana mereka dilihat berada pada tahap moral yang agak rendah dalam perlawanan yang sangat penting.

Jangkaan Aku agak meleset apabila sekali lagi Harimau Malaya berjaya membuka tirai jaringan di awal saat permainan seperti mana perlawanan sebelum ini apabila menentang Taiwan, kita berjaya berada di hadapan. Namun kelekaan barisan pertahanan telah mengakibatkan kita tewas di Singapura walaupun pada satu ketika berjaya merapatkan jurang hasil 2 jaringan pantas oleh Safee Sali dan Abdul Hadi Yahya pada babak kedua.

Gary Steven Robbat (12) mungkin boleh cuba dipanggil
Dalam perlawanan di Bukit Jalil semalam, kegagalan skuad Harimau Malaya yang turun dengan misi mencari gol untuk memadam defisit 2 gol yang dibawa dari Singapura pada babak pertama memberi sedikit tekanan kepada mereka. Harapan tinggi para penyokong juga menambahkan lagi tekanan kepada anak buah K. Rajagobal ini. Tekanan itu dilihat agak mengendur sedikit apabila Safee sekali lagi berjaya membolos gawang Singapura untuk menggamatkan seluruh Malaysia buat seketika. Tapi tatkala Singapura menyamakan kedudukan barisan pemain negara dilihat agak luntur sedikit semangat mereka. Mujurlah sokongan penyokong masih bergema untuk memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang. Apakan daya, drama demi drama yang dimainkan oleh pemain Singapura menyebabkan pemain negara semakin tertekan dek kerna kesuntukan masa. Tindakan melengahkan perlawanan sedikit sebanyak mengganggu emosi para pemain untuk terus fokus kepada permainan.

Jika kita lihat daripada perlawanan pusingan pertama sehingga perlawanan semalam, kita sentiasa di hadapan sebelum pihak lawan dapat menjaringkan gol. Bermakna kita berjaya untuk memimpin perlawanan. Cuma skrip selepas gol di jaringkan itulah yang merungsingkan. Seperkara lagi, corak permainan hantaran bola tinggi  dilihat kurang berkesan dan agak menyusahkan penyerang untuk mengawal bola. Permainan short pass dan through ball dari tengah dilihat lebih berbahaya dan lebih mudah bagi Safee untuk mengawalnya. Pemain Harimau Malaya mesti lebih banyak menggunakan short pass daripada long ball yang tinggi.. Player kita bukan tinggi mana pun nak main bola tinggi..

Apa-apa pun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Ada pendapat mengatakan ketidakefisienan bahagian tengah menyebabkan bahagian pertahanan tertekan. Sedangkan Fadhli, Muslim dan Mahali juga merupakan pemain skuad Olimpik yang dilihat mempunyai bahagian pertahanan yang hebat. Tengok jelah masa game lawan Lubnan tempoh hari. 40 minit main defence.. Bahagian tengah skuad Olimpik seperti Gary Steven Robart, Gurusamy, dan Irfan Fazail dilihat lebih mantap berbanding dua pemain tengah skuad senior dengan Amar dan Ismail Faruqi berada di posisi tersebut. Kalau ada Safiq mungkin bahagian itu lebih hidup.

Mungkin lepas ni bole bagi peluang pulak 2-3 orang player lagi daripada skuad Harimau Muda untuk masuk dalam pasukan senior negara. Gary,Wan Zack Haikal dan Fandi mungkin boleh menjadi calon-calonnya.. =)

p/s : Mimpi Aku yang Harimau Malaya kalah sebelum perlawanan semalam menjadi realiti.....

No comments:

Post a Comment