Pengikut Blog Ini

Wednesday, March 3, 2010

Kenapa Baru Sekarang..???


Akureformasi kembali lagi... Salam hormat kepada semua.. Mohon kemaafan kerna hampir lebih seminggu Akureformasi tak menulis... Ada keperluan lain yang lebih menekan..

Kali ini aku nak menyentuh tentang situasi terkini yang mana ramai ahli PKR yang keluar menyertai UMNO. Disini aku bukan mahu cerita tentang siapa yang keluar mahupun sebab mengapa mereka keluar, Yang aku mahu coretkan disini adalah reaksi pimpinan PKR apabila terdapat ahlinya yang menyertai UMNO ataupun keluar daripada parti dan menjadi wakil bebas menyokong Barisan Nasional.

Aku yakin, dalam kalangan ahli UMNO kini bersorak riang apabila melihat musuh politik mereka terumbang-ambing bak di landa taufan. Memang patut pun mereka begitu. Tidaklah aku hairan Cuma aku sedikit kecewa apabila mendengar reaksi daripada beberapa pimpinan dalam PKR apabila terdapat ahli dan wakil rakyatnya keluar parti.

Ada yang berpendapat bahawa ahli-ahli yang keluar itu adalah ahli yang bermasalah dan menjadi liabiliti kepada PKR. Sebagai contoh apabila bekas TKM 1 Pulau Pinang Mohd Fairus keluar menyertai UMNO, timbul dakwaan bahawa beliau menuntut RM 15000 sebulan dan meminta parti melunaskan hutang keretanya. Dan setelah menyertai UMNO juga munculah cerita bahawa beliau sememangnya merupakan beban kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan parti.

Bukannya aku nak menyokong si Fairus ni, tetapi masalahnya sekarang ialah mengapa baru sekarang mahu di dedahkan? Kalau kita masih ingat alasan Fairus meletakkan jawatan dulu adalah untuk sambung belajar dan bukannya kerna terpaksa meletak jawatan disebabkan prestasi yang tidak memuaskan. Adakah PKR berniat mahu menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada pandangan rakyat..? Yang buruk tetap buruk.. Tidak perlulah di sembunyikan..

Satu lagi contoh jika kita masih ingat kes ADUN Behrang dan Changkat Jering yang keluar parti lalu menjadi calon BEBAS menyokong BN di Perak. Situasinya hampir sama. Sebelum mereka keluar daripada parti pimpinan PKR pusat dengan sepenuhnya cuba mempertahankan mereka. Nah apabila mereka keluar daripada PKR pelbagai cerita buruk timbul. Sekali lagi, mengapa tidak didedahkan lebih awal masalah mereka ini..? Adakah PKR takut akan kehilangan sokongan rakyat apabila rakyat mengetahui ada antara ahlinya juga "tidak bersih" sehingga sanggup untuk melindungi mereka?

Kepada PKR aku berpendapat bahawa berterus-terang sajalah jika ada wakilnya yang kurang bersih dan buruk perilakunya. Jangan terlalu menyalahkan orang lain. Itu lebih baik.. Rakyat akan faham aku fikir.. Tidak perlulah melindungi orang-orang yang bermasalah. Yang salah tetap salah... Jangan kerna yang bersalah itu orang sendiri maka di simpan dengan rapi. Takut-takut nanti orang-orang ini lah yang akan merosakkan yang lain..

Sekian..

p/s : Sekadar memberi pandangan.... Semoga Pakatan akan terus kukuh...

4 comments:

  1. Sdra. Aku Reformasi,
    Saya kurang bersetuju dengan sebahagian kata-kata itu, memang seboleh mungkin ketika masih berada dalam organisasi seseorang yang ada hal dan masalah diharap dapat berubah ke arah positif namun sebaliknya keluar lalu memburukkan organisasi lamanya kepada organisasi yang 'menerima kononnya'; maka hal negatif kena didedahkan juga kerana Si Peninggal-Peninggal ini yang burukkan terlebih dahulu organisasi lamanya... juga mungkin ada agenda tersirat yang kita tidak ketahuinya kenapa mudahnya Si Peninggal-Peninggal itu keluar lalu diarak oleh organisasi baharu yang Si Peninggal-Peninggal ini sertainya...

    Apa-apapun PKR juga harus muhasabah diri untuk terus kuat serta punyai perancangan B atau C dalam melalui 'hal-hal lompat dan tinggal' ini yang bukan pelik sifatnya...

    (sekadar beri pandangan ringkas...)

    ReplyDelete
  2. Ade benarnya... Plan B dan C perlu ada...

    ReplyDelete
  3. Saya dulu ingat pkr ni ok tapi sebenarnya lagi byk krisis drp parti lain spt PAS n DAP. Sampai bila pkr akan diberi kepercayaan utk ketuai BA kalau byk sgt krisis. Akhirnya, Lim Guan Eng gak menang.

    ReplyDelete
  4. Ano,
    Krisis itu asam garam dalam politik.. BN sendiri pun ada krisis dalaman.. Cume media tak nak tunjuk saja..

    ReplyDelete