Pengikut Blog Ini

Monday, February 1, 2010

Gaya United...


Nani, Rooney, Ji Sung.. Tiga nama. Tiga gol. Tahniah buat United yang berjaya menewaskan Arsenal 3-1 malam semalam.. Kini United hanya satu mata di belakang pendahulu Chelsea tetapi pendahulu liga itu bermain kurang satu perlawanan.

Sehari sebelumnya Chelsea menepati ramalan apabila berjaya menundukan Burnley di gelanggang lawan dimana tumbangnya United dan Arsenal pada awal musim.

Sebelum perlawanan bermula aku dan Pakcu telah membuat ramalan tentang keputusan perlawanan ini. Sebagai seorang yang optimis beliau telah meramalkan kemenangan United 3-0 dan aku sedikit realistik apabila meramalkan kemenangan 3-1 buat United..Ahaha.. Dan seperti di ketahui ramalanku benar belaka.. Walaupun pada suatu ketika ramalan Pakcu hampir tepat.. =p

Selesai sudah minggu yang getir. Selepas ini United akan menanti kunjungan Portsmouth di Old Trafford. Jangan nanti menang dengan Arsenal tapi kalah pulak dengan Portsmouth. Memang sengal kuda la kalau macam tu.. Hehehe...

p/s : Semoga Arsenal dan Chelsea seri pada minggu depan.. =p

3 comments:

  1. gol nani dan runi memang kelas dunia.
    gol ji sung memag kelihatan too greedy mujur gol kalau x gol mau sebakul kena maki dgn runi. tp counter atck yg dibuat memang class..jentera serangan yg lancar..

    sepatutnya 5-1..tp 3 pun dah syukur sgt dah. :)
    apa2 pun dlm keadaan sekarang, daku sgt optimis dgn MU.

    ReplyDelete
  2. Sdra. Akureformasi,
    1. Ikhlas, semalam amat-mat berharap Man U tewas atau seri tapi menang juga... Tahniahlah.
    2. Berharap Chelsea kekalkan kemenangan, Arsenal kekalkan kekalahan, Man U kekalkan turun naik (menang - seri - kalah) untuk perlawanan seterusnya...

    ReplyDelete
  3. Pakcu,
    Kalau tak gol gagal l predicyion kita.. Ahaha..

    RAR,
    1. Terima kasih
    2. Liverpool bagaimana..?

    ReplyDelete