Pengikut Blog Ini

Thursday, January 28, 2010

Ramai Lagi Orang Kat Malaysia Ni Tak Cukup Makan..!


Aku masih terfikir akan perkara ini... Daripada satu sudut ada kebaikannya.. Tetapi jika dilihat daripada satu sudut yang lain aku berpendapat buat masa ini tidak perlulah dilaksanakan dahulu.. Hal ini adalah berkaitan dengan misi Perdana De Everest 2011. Perdana De Everest adalah satu misi untuk mendaki ke puncak tertinggi di dunia itu..

Pada hemat aku, keadaan ekonomi semasa kini tidak begitu mengizinkan untuk kita berbelanja untuk perkara-perkara yang kurang perlu seperti misi ini.. Apa gunanya mendaki ke puncak tertinggi itu sedangkan masih ada orang yang nak makan pun kadang-kadang tak cukup.. Perbelanjaan berjuta-juta nak panjat gunung tu semata-mata mahu dipandang oleh dunia? Come on lah.. Mungkin akan ada orang cakap aku ni berpandangan sempit sangat. Tetapi aku rasa lebih baik kita guna duit perbelanjaan tu untuk tolong orang yang susah.. Kan lebih bagus... Misi itu lebih baik ditangguhkan dahulu..

Terbaru, Rosmah menggesa agensi swasta tolong support perbelanjaan untuk misi ini dengan alasan sumbangan yang diberi oleh pihak kerajaan masih tidak mencukupi... Hurm.. Dah tau tak cukup tak perlulah bersusah payah nak pergi jugak.. Banyak lagi aktiviti yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara yang boleh dilakukan.. Kerja-kerja amal juga boleh dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan...

Akhir kata, aku tidaklah nafikan bahawa mendaki ke puncak tertinggi itu ada manfaatnya dalam menjulang nama Malaysia, tetapi buat masa ini aku rasa tiada keperluan terhadapnya.. Ramai lagi orang kat Malaysia ni TAK CUKUP MAKAN.!

p/s : Bantulah mereka yang lebih memerlukan...

*********************************************************************************

2 comments:

  1. maka dengan in 2 kaki dan 2 tangan diangkat bg menyatakan sokongan :)

    dah nama malaysia beb. Gila cari nama. Yg penting nama beb. X makan pun xpe. Oppss..org lain x makan pun xpe ( yg anjur tetap makan mewah )

    kalau semua tu di hampar kepada org miskin alangkah bagusnya...pernahkah kita terfikir kadar jenayagh meningkat dek kerna org dah jadi terlalu miskin lalu mereka pun merompak, mencuri..? ( salah satu sebab la kan ? )

    kalau bg kat program bersamamu pun berlambak yg bakal dpt manfaat..bg pd daki everest ? berapa kerat dpt manfaat ?

    cukup2 la dulu..kita dah ada wakil pun yg tawan everest. jadi2 lah membazirnya !

    ReplyDelete
  2. Pakcu,
    Ape agaknya yang mereka fikir..

    ReplyDelete