Pengikut Blog Ini

Thursday, January 21, 2010

Kebangkitan Arsenal Dan Kemenangan Liverpool..


3 perlawanan hebat awal pagi tadi.. Liverpool-Spurs, Arsenal-Bolton , dan Villa-Blackburn..
Arsenal bangkit dari ketinggalan 2 gol untuk menerajui liga dengan kemenangan 4-2 manakala Villa juga turut bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk mara ke perlawanan akhir Piala Carling.. Liverpool? Mereka berjaya menang 2-0 pagi tadi.. Ayat-ayat biasa yang akan kedengaran apabila Liverpool menang adalah "back on track".. Hehe.. Jangan lepas ni keciciran mata lagi sudahlah..

Nampaknya semua fan Arsenal boleh bergembira seketika dengan kedudukan mereka dalam liga selepas perlawanan pagi tadi dan fan Liverpool juga boleh menarik nafas lega apabila Spurs gagal untuk mengambil kesempatan atas aksi terumbang-ambing Liverpool musim ini...

Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk menentukan siapa juara. Masih berbaki 16 atau 17 perlawanan lagi untuk memahkotakan kejuaraan.. Sama ada Chelsea, United atau Arsenal.. Atau mungkin juga pasukan lain... Apa-apa boleh berlaku... Dalam situasi sekarang pasukan yang benar-benar konsisten hingga ke akhir musim akan memenangi gelaran liga...

p/s : Aku yakin United akan menang gelaran liga untuk kali keempat berturut-turut musim ini.. =)

2 comments:

  1. wah.optimis betul lu ye bro :)
    tahniah la..dah reput lantai rumah blog kau nih baru ko update ye..

    apa2 pun..gua sokong..musim ada separuh lagi.mcm2 bleh jadi...viva man.u !

    ReplyDelete
  2. Pakcu,
    Hehe.. Hidup mesti sentiasa optimis..
    Ape2 pun memang dah mereput pun lantai blog ni..
    Baru ni tukar lantai konkrit.. Harap x la mereput jugak..=p

    ReplyDelete