Pengikut Blog Ini

Thursday, October 22, 2009

Tawaran Hebat..!! Naik Air Asia Kemana-Mana Destinasi Secara Percuma Seumur Hidup...


Siapa nak naik Air Asia secara percuma ke semua destinasi seumur hidup? Hahah... Tawaran ini hanya terbuka kepada semua bakal-bakal ibu dan anak-anak yang akan dilahirkan. Tidak lupa juga kepada para doktor yang boleh menyambut kelahiran.

Caranya mudah, kepada semua bakal ibu yang tengah mengandung dan rasa-rasa nak bersalin boleh lah naik mana-mana pesawat Air Asia kemana-mana destinasi. Dengan syarat para ibu itu mestilah bersalin dalam pesawat. Baru boleh dapat offer ni.. Hehe... Nampak macam senang.. Tapi susah tu nak timing masa bersalin.. Kihkih.. Dan kepada para doktor, pastikan anda menaiki pesawat yang ada bakal-bakal ibu ynag nk bersalin ini.. Untung-untung anda pun boleh dapat offer ni.. =p

~Berita Harian 22/10/2009~

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.

Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.

Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe, berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.

"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.

Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.

"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya. - Bernama

p/s : Lepas ni mesti ramai ibu mengandung nak naik Air Asia... =p

2 comments:

  1. Salam...lama menghilang ek???

    Wow...best2. Macam ni nak kena cepat2 pregnant. Agak2 dah 7 bulan nak booking tiket flight...LOL

    ReplyDelete
  2. Bukan menghilang..Cuma sedikit sibuk dengan tugasan akhir2 ni.. =)

    Hehe... Cepat2 la pregnant yer... =p

    ReplyDelete