Pengikut Blog Ini

Thursday, October 8, 2009

Sepintas Lalu Ke Bagan Pinang....


Dah lebih 2 minggu rasanya aku tak update blog ni. Kesibukan dan kekangan masa amat-amat menekan dan kadangkala rasa macam tak sempat nak buat macam-macam benda... Di kesempatan ini aku nak memberikan pandangan secara sepintas lalu tentang PRK di Bagan Pinang.

Sekadar memenuhi kolum yang semakin bersawang ni, aku sebenarnya kurang memberikan tumpuan terhadap PRK di Bagan Pinang ni.. Mungkin kekangan waktu yang amat terhad dan terlalu banyak PRK yang diadakan membuat aku tidak begitu mengikuti apa yang berlaku di Bagan Pinang sekarang ni walaupun aku berasakan bahawa PRK Bagan Pinang ini adalah sangat penting bagi survival UMNO yang gagal dalam menakluki 6 kawasan PR malah terlepas satu kerusi kepada PAS dalam PRK di Kuala Terengganu awal tahun ini.

Jika dilihat dari segi calon, UMNO/BN mencalonkan nama yang boleh la aku anggap besar dalam UMNO yakni Tan Sri Isa Samad. Tetapi kita harus ingat bahawa penglibatan beliau dalam politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO dulu telah mengecilkan nama beliau di mata rakyat. Mengapa UMNO masih lagi mahu mencalonkan orang yang sudah terang lagikan bersuluh terlibat dalam perbuatan yang rendah moralitinya? Kata Muhyiddin, ini kehendak rakyat Bagan Pinang.. Kata Muhyiddin lagi, UMNO mendengar suara rakyat di Bagan Pinang yang mahu Isa di calonkan.. Hairan juga aku... Masih ada rakyat yang mahu perasuah atau istilah lain bagi UMNO iaitu pengamal politik wang seumpama Isa menjadi calon...

Atau adakah ini juga satu permainan politik UMNO Negeri Sembilan yang ingin membunuh terus karier politik Isa Samad? Jika dilihat secara sepintas lalu, Isa mempunyai masalah disiplin dalam UMNO dan tindakan Isa menjadi calon di Bagan Pinang bolehlah dianggap "comeback" oleh Isa untuk kembali bertapak dalam UMNO di Negeri Sembilan jika. Dan jika beliau menang itu adalah langkahan pertama Isa untuk kembali merebut kuasa sebagai orang nombor satu di Negeri Sembilan. Tetapi, bagaimana pula jika Isa kalah dalam pertembungan di Bagan Pinang ini? Sudah tentu populariti Isa akan terus jatuh dan Mohamad Hassan akan tersenyum gembira kerana "seteru" nya itu gagal dalam misi "comeback" nya.. Ini hanyalah pandangan aku yang jika difikir-fikirkan balik mungkin ada benarnya..

Bagi pihak Pakatan Rakyat ini adalah masa yang paling sesuai membuktikan kemampuan mereka dalam menangani segala tipu helah yang mungkin dilancarkan. Kukuhkan saf Pakatan agar dapat memberi keyakinan kepada pengundi bahawa mereka kini sudah bersedia untuk menjadi pihak pemerintah. Jangan jadikan tipu helah yang mungkin dilancarkan oleh pihak lawan sebagai alasan untuk menunjukkan kelemahan diri. Gunakan saluran yang ada dan sampaikan bukti jika benar-benar ada penyelewengan walaupun kadangkala mungkin ada juga sedikit penyelewengan menerusi saluran yang ada...

Secara ringkasnya aku meramalkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerusi Bagan Pinang pada 11 Oktober ini dan kalaupun BN menang, majoriti mereka akan turun mendadak...

Zulkefley Mohd Omar vs Tan Sri Isa Samad.... Kita lihat sapa yang kena.....

p/s : BN nak nombor 2... PR nak nombor 8.... =)

2 comments:

  1. Sdra,
    1. Selamat kembali mencoret dalam blog ini, lama juga menunggu entri baharu... ya sudah 2 minggu.
    2. Ramalan - UBN akan menang kerana amat-amat berharap penuh undi pos sebanyak 4,500 itu... apatah lagi Bagan Pinang @ PD dijanjikan pelbagai hal yang berkaitan anggota tentera serta hendak dijadikan 'bandar unggul' dalam bidang ketenteraan..., bukankah begitu?

    ReplyDelete
  2. Sdra Rusdi,
    1. Terima kasih kerana sedia menanti.. =)
    2. Kalaupun UBN menang, rasanya sokongan kpd PR di kawasan2 lain tak kan berubah pun. Malah mungkin akan terus meningkat.. PR takkan rugi ape2.. Sekurang-kurangnya PR tahu apa yg perlu di lakukan bagi menguatkan lagi Pakatan di masa hadapan.. Pengundilah yg bakal menentukan siapa yg menang, dan siapa yg tersungkur...

    ReplyDelete