Pengikut Blog Ini

Tuesday, September 1, 2009

Murid-Murid... 2 X 5 Berapa...?


Hurm.. Makin hari makin panas masalah dalaman yang dihadapi MCA.. Aku kurang mengikuti perkembangan politik MCA ni.. Tapi sejak akhir2 ini aku lihat perbalahan yang berlaku bakal memberikan impak yang tidak baik kepada BN secara keseluruhannya.. Al-maklumlah kan.. MCA ini adalah parti komponen BN kedua terbesar selepas UMNO... Maka tidak salah jika aku mengatakan ini akan melemahkan lagi perpaduan BN setelah UMNO juga dilihat bermasalah walaupun cuba diselindungkan daripada pemerhatian ramai..

Terbaru, adalah mengenai kemungkinan 2 Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bakal diadakan susulan pemecatan Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada parti minggu lalu. Ini berikutan keputusan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, untuk memanggil EGM ketika penyokong Dr Chua turut merancang mengadakan mesyuarat berkenaan dalam usaha membatalkan pemecatan Timbalan Presiden itu.

Pertembungan 2 pemimpin tertinggi ini akan memecahbelahkan MCA kepada 2 kumpulan yakni kumpulan Dr Chua dan kumpulan Ong Tee Keat.. Apa yang aku nak tulis kat sini bukanlah pasal EGM yang bakal diadakan oleh MCA tu, tetapi tentang sebab Dr Chua dipecat..

Kata Ong, Dr Chua dipecat kerana penglibatan beliau dalam DVD skandal seksnya menjejaskan imej parti walaupun jika dilihat secara kasar Dr Chua telah pun dihukum atas kesalahannya itu.. Ada ahli-ahli MCA turut mempersoalkan kembali adakah penglibatan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam skandal PKFZ itu tidak menjejaskan imej MCA..?

Bukan mahu menyokong mana-mana pihak.. Tetapi situasi ini macam 2 kali 5 saje.. Ong kata Dr Chua menjejaskan imej parti, tetapi diri sendiri pun menyumbang kepada penjejasan imej parti.. Hehe.. Macam-macam la sekarang ni.. Paku dulang paku serpih, mengata orang diri yang lebih.. (Erk, betul ke tak aku tulis nih..?)

Walauapapun yang berlaku semoga perbalahan ini tidak akan dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.. Najib kene take action bagi membendung perkara seumpama ini daripada terus berleluasa jika masih berhasrat untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.. Tak kiralah apa alasan pun.. Jangan nak tunggu orang jemput.. Kalau tidak kirim salam sajalah nak tarik kembali sokongan rakyat..

Tu je lah aku nak tulis walaupun aku tahu masalah UMNO terutamnya di Terengganu pun Najib tak dapat settle lagi.. =p

p/s : MCA Makin Tenat bak kata Berita Harian... (klik sini)

2 comments:

  1. Reformasi,
    Kerajaan Jepun yang bertahan hampir 54 tahun akhirnya tumbang!Mungkinkah sejarah yang sama berulang di tanah tumpah darahku ini? Fikir-fikirkan...(tiada yang mustahil dalam dunia ini...).

    ReplyDelete
  2. Azura,
    Memang tiada yang mustahil.. Mengambil sikap tunggu dan lihat saja..

    ReplyDelete