Pengikut Blog Ini

Wednesday, August 26, 2009

Kalaulah BN Menang.....


Pasca PRK Permatang Pasir. Macam-macam kisah sama ada suka atau duka telah berlaku sepanjang tempoh daripada bermulanya penamaan calon hinggalah keputusan pilihanraya yang di umumkan semalam. Daripada Syaaban ke Ramadhan.. Hehe.. Akhirnya wakil rakyat telah ditentukan. Nampaknya, BN masih lagi tidak dapat memecah badi kekalahan mereka dalam PRK yang diadakan di Semenanjung.. Seperti dijangka PAS berjaya mengekalkan kerusi di kubu kuatnya itu walaupun juak-juak UMNO mengatakan mereka berjaya mengurangkan majoriti Pakatan Rakyat..

Benar. Memang mereka dapat kurangkan majoriti PAS di Permatang Pasir. Tapi banyak mana sangat lah kurangnya.. Hasil daripada perkiraan aku PAS hanya kekurangan 0.9% undi sahaja jika mahu dibandingkan dengan PRU 12 yang lepas..

Sedang aku memanjatkan kesyukuran atas kemenangan PAS ini, aku tetiba terfikir, macam mana lah agaknya kalau BN yang menang.. Hahaha.. Mesti kalau kat berita TV3 tu paling kurang 30 minit cerita BN menang je.. Dan berita ini akan sentiasa diulang sampai seminggu paling sekejap. Maklumlah, lama tak merasai kemenangan.. Tak dapat la kita nak tengok berita lain..

Kalaulah BN menang, mesti bersorak sakanlah Muhyiddin kerana "Formula Manik Urai" nya berjaya. Maka muka depan akhbar hari ni akan tersiarlah gambar Rohaizat dijulang oleh penyokong-penyokong BN.. Dan makin banyaklah kenyataan yang akan keluar mengatakan BN semakin diterima rakyat.. Najib pun akan dengan megahnya berkata bahawa gagasan 1 Malaysianya semakin diterima oleh rakyat..

Maka akan makin ramailah timbulnya pemuka-pemuka UMNO yang akan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat semakin lemah. Pakatan Rakyat sudah longgar.. Pakatan Rakyat sudah tidak relevan dan pelbagai lagi komen-komen kepada PR..

Tapi itu semua akan berlaku KALAU BN menang. Hakikat yang sebenarnya mereka tidak menang. Itu hanyalah mimpi-mimpi indah yang diidamkan oleh BN.. Yang ada hanyalah berita kemenangan PAS selama 3 minit di ikuti dengan statement Muhyiddin yang cakap para pengundi yang menyokong BN dihalang daripada keluar mengundi. Berita yang kononnya pemuda UMNO dipukul oleh penyokong pembangkang. Berita yang menyiarkan kenyataan Hisyammudin seolah-olah PR tidak mengikut peraturan pilihanraya dengan mendirikan juga pondok-pondok panas dan membuat provokasi walaupun hakikatnya pihak BN juga membuat perkara yang sama. Malah aku turut difahamkan oleh rakan-rakan yang berada di Permatang Pasir, puak-puak BN inilah yang mula-mula melanggar peraturan apabila sejak pagi telah mendirikan pondok-pondok panas ini disamping membuat provokasi kepada penyokong PR..

Nak kata apa lagi, muka depan akhbar hari ni pun takde tunjuk keputusan pilihanraya. Kalau ade pun kecik je.. Hehe.. Tak mengapalah.. Media itu UMNO/BN punye... Kalau nak letak muka depan, kita letaklah kat Harakah atau Suara Keadilan.. Biar kalah di media, tapi menang di hati rakyat dan para pengundi.. Biar kalah provokasi, tapi menang dapat kerusi..

TAKBIR..!!! ALLAHUAKBAR..!!

p/s : Skor terkini PR 7-1 BN.... ( Macam skor MU lawan Roma la pulak.. Hehehe..)


7 comments:

  1. Reformasi,
    Hahahaa...sangat menggelikan hati entri sdr. ini. Mujurlah tengah puasa ni...Awal2 lagi mmg dah jangka kemenangan PAS. Eh, tak de orang BN ke yang baca entri ni??? Kalau ada kan bagus. Nak gak tahu komen dia org...

    ReplyDelete
  2. Sdra.,
    Baca tulisan blog saya berjudul 'Terus Kalah! 1 Malaysia Sudah Tahu', hahaha... itulah perangai buruk @ busuk pemimpin atasan UMNO/BN sehingga silap sebut SPR jadi SPRM dalam berita yang disiarkan itu.
    Sdra. tidak usah bayangkan jika BN menang... tapi apa yang dibayangkan itu pasti terjadi jika BN menang... ditambah mungkin dikatakannya semua rakyat Malaysia telah menyokong UMNO/BN...

    ReplyDelete
  3. Zura,
    Blog ni tak ramai pembacanya... Hehe.. Kalau ada pun mereka xnk komen disini..

    Sdra Rusdi,
    Insyallah saya akan lihat entri tersebut.. Hisyammudin bikn malu kompeni saje bila salah sebut.. Hehe.. Tau la SPRM tu sahabat baik depa.. =p

    ReplyDelete
  4. kk..
    mntop r blog mu..
    ak ske dgn gaye mu..
    makin matang..
    keep it up broo..

    ReplyDelete
  5. Nameck,
    Tenkiu2.. Semoga aku boleh tulis macam2 lagi walaupun kadangkala ada orang yang tak berapa senang dengan apa yang aku tulis...

    ReplyDelete
  6. bro..
    bgga skjap ad senior yg brani tulis blog cmni..
    troskn mnulis..pndpt kte sme..so troskn mnulis..

    ReplyDelete
  7. zoey,
    Thanks a lot.. Tiada sebab untuk kita takut jika kita berkata benar.. Walaupun kadang2 kebenaran itu pahit..

    ReplyDelete