Pengikut Blog Ini

Saturday, August 22, 2009

Benvenuto Ramadhan....


Ramadhan sudah tiba.. Tidak sabar rasanya ingin merasai nikmat Ramadhan tahun ini. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.. Bulan yang mana dibuka pintu syurga seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup dan dikunci serapat-rapatnya.. Syaitan-syaitan dibelengu dan tidak dibiarkan bebas.. Inilah dia bulan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam untuk melipatgandakan amalan dan pahala agar nanti membawa bekalan yang cukup untuk menghadap Allah S.W.T.

Aku tertarik dengan saranan seorang ustaz di surau tempat aku bersolat jemaah tadi. Ustaz Nazmi namanya. Dalam tazkirahnya sebentar tadi ada menyebut bahawa dalam pada kita sibuk mengumpul amalan dalam bulan Ramadhan ini ada satu perkara yang kadang kala umat Islam terlepas pandang yakni tentang aurat.

Adalah sebaiknya dalam bulan yang mulia ini kita patut mengadakan kempen untuk menutup aurat tidak kira lelaki mahupun wanita. Aurat ini telah pun disebut dalam Al-Quran akan kewajipan untuk memeliharanya tetapi dipandang ringan oleh umat Islam masa kini. Membuka aurat seolah-olah tidak lagi menjadi masalah bagi mereka. Apalah gunanya puasa jika membuka aurat. Apalah gunanya puasa jika tidak menunaikan solat lima waktu.

Mungkin ada yang terasa di luar sana tapi itulah hakikatnya. Yang benar tetap benar walaupun kadangkala pahit untuk menerimanya. Kepada rakan-rakan pembaca di luar sana, ayuh kita segera membaiki diri. Sekadar peringatan untuk diri aku yang lemah ini dan juga rakan-rakan diluar sana. Semoga kita akan berada di atas landasan ketakwaan untuk mencapai keredhaan dari-Nya..

Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk melaksanakan Ramadhan ini dan akan dapat bertemu kembali dalam Ramadhan yang akan datang....

p/s : Selamat Menyambut Ramadhan Yang Penuh Barakah.... (Benvenuto bermaksud Selamat Datang dalam Bahasa Italy)

2 comments: