Pengikut Blog Ini

Monday, July 20, 2009

Masih Ada Ruang Buat Malaysia


Masih ada ruang buat Malaysia. Itu je lah yang boleh aku cakapkan buat masa ini. Walaupun dianggap cemerlang dalam 2 perlawanan menentang Manchester United kali ini, tapi pasukan negara masih lagi jauh dalam mencapai misi untuk memartabatkan kembali bola sepak negara.

Bukan tidak mahu memuji, tetapi apabila sekali dipuji akan menyebabkan pasukan negara terbuai-buai dengan pujian itu walaupun kadangkala pujian memang harus diberikan bagi meningkatkan motivasi pemain.

Sengaja aku menanti perlawanan ulangan pada malam ini sebelum membuat sebarang ulasan. Aku akui corak permainan Malaysia dalam perlawanan persahabatan kali ini agak baik. Tapi perlu diingatkan bahawa masih ada ruang untuk meningkatkan lagi persembahan pasukan negara. Kepada pemain yang berkenaan janganlah terlalu mendabik dada walaupun berjaya menjaringkan gol menentang antara pasukan terbaik dunia.

Dalam cakap-cakap rakan aku, semua mengharapkan agar Malaysia tidak menang. Bukan tidak patriotik, tetapi agak meluat dengan kenyataan-kenyataan yang membangga diri. Baru sekadar menang tipis, kalau menang macam mana la agaknya. Sungguhpun patut berbangga, tapi tidak perlulah berlebihan. Yang penting fokus. Baiki kelemahan. Tingkatkan latihan serta majukan diri.

Tiada siapa mahu kalah dalam setiap perlawanan. Begitu juga pemain-pemain Malaysia. Doa dari aku, semoga pasukan negara akan terus maju pada masa akan datang. Tahniah buat skuad muda negara kerana Manchester United adalah pasukan terbaik dunia... =)

p/s : Rindukan kelibat Ronaldo...... =(

4 comments:

  1. huhuhu...setuju....malaysia suka riak...padahal baru sikit...
    lpas ni boleh dipertingkatkan lagi..
    at least diorg da ader pengalaman yang baik skrg..
    n patut amik lbh bnyak pluang utk match ngan mane2 klab yang besar...so...they all dapat tgk camne nak main ngan lbh bergaya n cemerlang~~(nik)

    ReplyDelete
  2. Kuasai Asia Tenggara dahulu. Baru berfikir untuk ke peringkat yang lebih tinggi..

    ReplyDelete
  3. Sdra.,
    Sedari dulu memang pasukan Malaysia suka riak dan dabik dada walaupun pencapaian dan mutu entah ke mana pun. Memang benar corak permainan Malaysia agak baik tetapi baik jika dibandingkan dengan pasukan Filipina, Kemboja, Brunei dan Timor Leste sahaja. Inilah 'penyakit yang kekal' dalam pasukan Malaysia... dipuji terus lupa dunia!

    ReplyDelete
  4. Saudara Rusdi,
    Semoga mereka tidak terus lupa diri dengan pencapaian semasa...

    ReplyDelete