Pengikut Blog Ini

Tuesday, July 14, 2009

Hadiah Buat Najib Daripada Rakyat...


Setelah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti Pakatan Rakyat menang dengan selesa kini Manik Urai pula menambah siri kemenangan PR dalam Pilihan Raya Kecil pasca PRU-12. Namun notanya cukup berbeza. PR, yang diwakili PAS hanya mampu menang dengan perbezaan 65 undi sahaja. Nampaknya kali ini bukan UMNO yang perlu buat post mortem seperti lazimnya tetapi PR terutamanya PAS yang harus bermuhasabah diri dengan jumlah penurunan majoriti undi kali ini walaupun peratus keluar mengundinya adalah tinggi.

Sungguhpun berjaya mengekalkan kerusi DUN Manik Urai, tapi masih ada ruang-ruang kosong yang perlu dibaiki dan dilengkapkan. Permainan BN hampir menjerat PAS. Mungkin pada BN ini adalah satu kemenangan moral walaupun sekali lagi tewas dalam pilihan raya kecil pasca PRU-12.

Aku tidak nafikan isu seperti jambatan dan kerajaan perpaduan yang dicanangkan oleh UMNO sedikit sebanyak telah mempengaruhi pengundi di Manik Urai. Tapi Allah maha Adil. Kemenangan akan tetap berpihak kepada yang benar walaupun pelbagai cabaran yang perlu dihadapi.

Walauapapun, tahniah kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (gambar) yang berjaya memenangi PRK ini. Semoga anda berkhidmat dengan sebaiknya kepada penduduk Manik Urai.

Kepada gagasan Pakatan Rakyat, kukuhkan perpaduan bagi menjamin kemuafakatan dalam menentang musuh-musuh rakyat. Nampaknya sekali lagi UMNO ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat.

p/s : PR 6-1 BN.... Hadiah Buat Najib Daripada Rakyat....

2 comments:

  1. Sdra. Akureformasi,
    1. Salam perkenalan. Sudah lama saya berkunjung dan membaca entri tulisan saudara ini (boleh dikatakan hampir setiap hari). Sesuatu yang segar dan bertenaga. Tahniah!
    2. Maka terpanggillah saya unntuk kali ini mengirimkam komen buat kali pertamanya, ya... apatah lagi tentang PRK MU ini.
    3. Bagi saya... ya mungkin agak ekstrem saya mengambil analogi 'perlawanan bola sepak', begini:
    - Buang dan jual sahaja 'pemain jersi no. 2' pasukan hijau-putih itu, mungkinkah 'pemain jersi no. 2' ini penyebab hampir tewasnya pasukan hijau-putih di stadium MU itu?(lanjutannya... jika berkesudian silalah ke rarws.blogspot.com)
    - Dalam perlawanan peringkat akhir sebegini (bukan perlawanan liga), KALAH TETAP KALAH! walaupun kalah tipis atau kalah tendangan penalti! ya... piala harus diserahkan dan dijulang!
    4. Maaflah Sdra. jika komen ini tidak menepati ciri-ciri komen yang baik. Jumpa lagi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saudara Rusdi : Terima kasih atas sokongan saudara selama ini. Ye saya bersetuju dengan analogi saudara yang mengambil perlawanan bola sepak sbg subjek untuk PRK ini.

    Namun pd pandangan saya adalah amat tidak adil untuk menuding jari terus kpd individu yg dimaksudkan terhadap hampir tewasnya pasukan hijau-putih.

    Seperti kata saudara ini adalah ibarat satu perlawanan bola sepak. Dalam bola sepak bukan hanya ada seorang pemain, malah ada ramai lagi pemain dan perlunya ada semangat berpasukan dalam misi untuk mencapai kemenangan.

    Maka seperti yang saya kata pada awalnya, adalah tidak adil untuk terus menuding jari walaupun pada hakikatnya individu tersebut memang ada menyumbang sedikit kepada hampir tewasnya pasukan hijau-putih.

    Kesimpulannya, kukuhkan kerjasama dalam menghadapi setiap perlawanan. Kerana kerjasama yang kukuh akan dapat memberikan satu persembahan yang menarik dan pasti akan mencapai kejayaan..

    Terima kasih sekali lagi atas sokongan saudara..Wassalam...

    ReplyDelete