Pengikut Blog Ini

Sunday, April 19, 2009

BN Tidak Akan Menanti di Penanti..?


Barisan Nasional mungkin akan menimbangkan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak meletakkan calon bagi merebut kerusi DUN Penanti yang telah di kosongkan oleh bekas penyandangnya. (klik sini)

Menurut Najib Pilihan Raya Kecil itu merupakan suatu yang dirancang dan hanya gimik politik semata-mata disamping hanya membazirkan wang rakyat semata-mata. Jika keadaan ini berterusan berkemungkinan PR akan mendapat kemenangan percuma sekiranya tiada pertandingan untuk kerusi tersebut

Adakah Najib gusar akan menerima kekalahan sekali lagi? Atau tidak sanggup untuk berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat hari ini. Pada aku, walauapapun BN seharusnya mengambil peluang ini sebagai satu cabaran bagi meraih kembali sokongan rakyat kepada mereka.

Cadangan untuk tidak meletakkan calon dengan alasan ini adalah permainan politik PKR dan hanya membazir wang dan tenaga pada aku dilihat sebagai kurang tepat. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan BN tidak mahu menghadapi cabaran.

Bagi kem Pakatan Rakyat pula, aku lihat ini adalah satu situasi yang sangat baik kerana tanpa perlu bersusah payah untuk berkempen mereka akan dapat mengekalkan kerusi DUN yang mereka menangi sebelum ini.

Sungguhpun begitu, cadangan ini masih lagi di peringkat perbincangan. Kita lihat dan tunggu sahaja apalagi percaturan Najib selepas ini.

p/s : Elok bebenarlah kalau BN tak nak bertanding... Hehe...

2 comments:

  1. Realiti politik sekarang ni pada pandangan ak agak berserabut dengan macam2 perkara aku sendiri tak atu mane satu nk percaya.Dalam mane2 politik di dunia mane ade yang bersih, sentiasa dicemari dengan korupsi,politik wang, isu lompat parti dan tikam belakang.Senario yang kurang sihat ini juga berkesinambungan daripada keterbukaan pak lah semasa zaman pemerintahannya.Kata pak lah "bekerjalah dengan saya",alih2 dah cam pak lah pula yang dikerjakan.Tapi walau ape pun kita masih lagi bernasib baik tidak mengikut jejak langkah negara jiran kita Thailand, yang tak sudah2 dengan reformasi jalanan.Sayangi Malaysia!

    ReplyDelete
  2. Memang Pak Lah dah "dikerjakan" Hehe... Sekarang ni Najib pulak yang tengah "dikerjakan"... Menanti 100 hari pemerintahan Najib....

    ReplyDelete