Pengikut Blog Ini

Tuesday, October 27, 2009

Rumah Tangga Siapa Kukuh, Rumah Tangga Siapa Rapuh?


Nampaknya sudah ade orang mula menyombong diri. Atau dengan istilah lain nye meninggi diri. Yang selalu nampak masalah rumah tangga orang lain.. Sampai terlupa masalah rumah tangga sendiri. Hehe.. Tapi masalah rumah tangga siapa yang nampak sampaikan rumah tangga sendiri terlupa? Atau hanya buat-buat lupa?

Kata Muhyiddin, kerjasama dalam Pakatan Rakyat jelas tidak mantap sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan isu di setiap negeri yang mereka kuasai. Jelas Muhyiddin lagi, beliau bimbang pembangunan yang dibawa oleh BN di negeri-negeri yang sebelumnya dikuasai BN akan musnah dibawah pimpinan PR. Satu je aku nak komen kat sini, jangan lah kita terlalu membangga diri dengan pembangunan yang telah dibawa. Teruk sangatkah PR memerintah? Adakah tiada sebarang masalah dalam pentadbiran kerajaan BN di negeri-negeri yang dikuasainya? Janganlah kerana berbeza haluan yang jernih pun dikeruhkan...

Aku tidak hairan jika timbul sedikit permasalahan dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh PR. Biasalah tu. Sudah setengah abad menjadi pembangkang memanglah kekok sedikit apabila menjadi kerajaan yang mentadbir. Yang hairan kalau setengah abad memerintah tapi masih bermasalah. Contoh paling mudah Pahang la. Siapa yang perintah? Dah berape lame mereka mentadbir negeri? Tapi still bermasalah. Itu yang patut dihairankan..

Masalah kepercayaan yang dibangkitkan juga sebenarnya berlaku dalam BN.. Paling mudah dan masih segar lagi adalah permasalahan dalam MCA. Berape lame dah MCA wujud dan menjadi sebahagian kerajaan? Still lagi ada masalah. Sampai sekarang Ong Tee Keat duk pegang jawatan Presiden MCA walaupun dalam EGM yang lepas telah meluluskan undi tidak percaya kepada beliau. Ini belum lagi cerita kisah Gerakan. Sampai sekarang aku tak nampak apa-apa tindakan lagi terhadap perebutan kuasa dalam Gerakan.

Kesimpulannya, sama ada BN atau pun PR masing-masing ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. BN jangan lah hanya nampak kelemahan lawannya saje. Kelemahan parti sendiri juga harus direnung-renungkan. Begitu juga PR. Selesaikan konflik yang membelit agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Mengkritik itu bagus. Tapi pastikan kritikan itu membina dan bukan menjatuhkan antara satu sama lain.

p/s : Nak bicara rumah tangga orang, rumah tangga sendiri biar kukuh dulu.. Kalau setakat diluar nampak kukuh tetapi didalam rapuh. Baik tak payah... (Ucapan ini khas buat kedua-dua belah pihak ; BN dan Pakatan Rakyat)

Thursday, October 22, 2009

Tawaran Hebat..!! Naik Air Asia Kemana-Mana Destinasi Secara Percuma Seumur Hidup...


Siapa nak naik Air Asia secara percuma ke semua destinasi seumur hidup? Hahah... Tawaran ini hanya terbuka kepada semua bakal-bakal ibu dan anak-anak yang akan dilahirkan. Tidak lupa juga kepada para doktor yang boleh menyambut kelahiran.

Caranya mudah, kepada semua bakal ibu yang tengah mengandung dan rasa-rasa nak bersalin boleh lah naik mana-mana pesawat Air Asia kemana-mana destinasi. Dengan syarat para ibu itu mestilah bersalin dalam pesawat. Baru boleh dapat offer ni.. Hehe... Nampak macam senang.. Tapi susah tu nak timing masa bersalin.. Kihkih.. Dan kepada para doktor, pastikan anda menaiki pesawat yang ada bakal-bakal ibu ynag nk bersalin ini.. Untung-untung anda pun boleh dapat offer ni.. =p

~Berita Harian 22/10/2009~

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan melahirkan bayi lelaki dalam pesawat AirAsia ketika dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching, malam tadi.

Liew Siaw Hsia, 31, selamat melahirkan bayi pramatang dengan bantuan seorang doktor yang dikenali sebagai Ronald dan krew pesawat itu yang menyediakan tempat sesuai bagi membolehkan wanita berkenaan melahirkan bayinya.

Pembantu Khas Pengerusi AirAsia, Edd Razhe, berkata wanita itu mengadu sakit perut selepas kira-kira setengah jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang pada jam 7.05 malam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan penerbangan AK5606 itu terpaksa mengalihkan laluan ke Terminal Penerbangan Murah (LCCT) di Sepang.

"Sebaik mendarat, ambulans yang telah sedia menunggu di lapangan terbang itu terus membawa wanita berkenaan bersama bayinya ke Hospital Putrajaya untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Edd berkata, sebagai tanda penghargaan, AirAsia akan memberikan penerbangan percuma kepada Liew dan bayinya ke semua destinasi penerbangan untuk seumur hidup.

Beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes, yang berada di Bangkok, Thailand, akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meraikan kelahiran bayi itu pada satu majlis istimewa di Hospital Putrajaya petang ini.

"AirAsia juga meminta Dr Ronald yang sama-sama membantu menyambut kelahiran bayi itu agar menghubungi AirAsia untuk diberikan penghargaan atas jasa dan bantuan yang diberikan," katanya. - Bernama

p/s : Lepas ni mesti ramai ibu mengandung nak naik Air Asia... =p

Wednesday, October 14, 2009

Nombor 8 Hilang... Yang Jumpa Nombor 2....


Semua orang sibuk bicara... Ade gembira.. Ada yang duka... Dan ada juga yang tiada perasaan.. Menangnya Isa Samad di Bagan Pinang di sambut dengan sorak sorai umpama sudah berkurun lamanya tidak menikmati kemenangan... Selepas 7 PRK Barisan Nasional pulang awal... Kali ini giliran PR pula untuk pulang awal setelah kekalahan calon mereka di Bagan Pinang. Angka 8 yang diharapkan tetapi yang menjelma angka 2..

Itulah politik... Ada pasang surutnya.. Ada naik turunnya... Ada panas sejuknya... Pada pandangan aku BN menang di Bagan Pinang atas faktor calon... Bukan faktor parti. Mungkin pengundi Bagan Pinang masih menerima aura Isa Samad di tempat mereka walaupun beliau ni pernah dijatuhkan kesalahan politik wang atau dalam bahasa standardnye rasuah dalam pemilihan agung UMNO. Jadi tak perlulah UMNO begitu mendabik dada bahawa mereka sudah kembali kuat.. Aku rase kalau Isa Samad ni jadi calon BEBAS pun bole menang kalau lawan BN di Bagan Pinang.. Hehe..

Kepada PR, aku berasakan ini adalah detik terbaik mereka untuk merapatkan saf kepimpinan dan mengukuhkan pakatan antara parti. Bagus juga PR kalah kali ini.. Setidak-tidaknya mereka akan lebih berusaha untuk terus maju dalam menyampaikan agenda mereka kepada rakyat. Pada aku PAS tidak kalah.. Cuma mereka gagal sahaja dalam merampas Bagan Pinang daripada BN.. Terima kasih kepada 2578 pengundi yang mengundi untuk perubahan di Bagan Pinang.. Tetapi apakan daya undi itu masih belum lagi mencukupi untuk mengalahkan calon pengamal politik wang....

Tahniah buat Isa Samad.. Mungkin selepas ni ada cadangan untuk ambil balik kerusi MB Negeri Sembilan.? Kita tengok sajalah babak seterusnya dalam drama politik terhebat masa kini.. Atau mungkin juga BN sudah bersedia untuk bubarkan DUN Perak? Maklumlah... UMNO/BN kan sudah kuat.... Nak takut apa kan... Untung sabut timbul... Untung batu tenggelam...

p/s : Jangan lepas ni makin ramai main politik wang @ rasuah sudah la yek... Maklumlah.. Nak ikut role model.... =p

Thursday, October 8, 2009

Sepintas Lalu Ke Bagan Pinang....


Dah lebih 2 minggu rasanya aku tak update blog ni. Kesibukan dan kekangan masa amat-amat menekan dan kadangkala rasa macam tak sempat nak buat macam-macam benda... Di kesempatan ini aku nak memberikan pandangan secara sepintas lalu tentang PRK di Bagan Pinang.

Sekadar memenuhi kolum yang semakin bersawang ni, aku sebenarnya kurang memberikan tumpuan terhadap PRK di Bagan Pinang ni.. Mungkin kekangan waktu yang amat terhad dan terlalu banyak PRK yang diadakan membuat aku tidak begitu mengikuti apa yang berlaku di Bagan Pinang sekarang ni walaupun aku berasakan bahawa PRK Bagan Pinang ini adalah sangat penting bagi survival UMNO yang gagal dalam menakluki 6 kawasan PR malah terlepas satu kerusi kepada PAS dalam PRK di Kuala Terengganu awal tahun ini.

Jika dilihat dari segi calon, UMNO/BN mencalonkan nama yang boleh la aku anggap besar dalam UMNO yakni Tan Sri Isa Samad. Tetapi kita harus ingat bahawa penglibatan beliau dalam politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO dulu telah mengecilkan nama beliau di mata rakyat. Mengapa UMNO masih lagi mahu mencalonkan orang yang sudah terang lagikan bersuluh terlibat dalam perbuatan yang rendah moralitinya? Kata Muhyiddin, ini kehendak rakyat Bagan Pinang.. Kata Muhyiddin lagi, UMNO mendengar suara rakyat di Bagan Pinang yang mahu Isa di calonkan.. Hairan juga aku... Masih ada rakyat yang mahu perasuah atau istilah lain bagi UMNO iaitu pengamal politik wang seumpama Isa menjadi calon...

Atau adakah ini juga satu permainan politik UMNO Negeri Sembilan yang ingin membunuh terus karier politik Isa Samad? Jika dilihat secara sepintas lalu, Isa mempunyai masalah disiplin dalam UMNO dan tindakan Isa menjadi calon di Bagan Pinang bolehlah dianggap "comeback" oleh Isa untuk kembali bertapak dalam UMNO di Negeri Sembilan jika. Dan jika beliau menang itu adalah langkahan pertama Isa untuk kembali merebut kuasa sebagai orang nombor satu di Negeri Sembilan. Tetapi, bagaimana pula jika Isa kalah dalam pertembungan di Bagan Pinang ini? Sudah tentu populariti Isa akan terus jatuh dan Mohamad Hassan akan tersenyum gembira kerana "seteru" nya itu gagal dalam misi "comeback" nya.. Ini hanyalah pandangan aku yang jika difikir-fikirkan balik mungkin ada benarnya..

Bagi pihak Pakatan Rakyat ini adalah masa yang paling sesuai membuktikan kemampuan mereka dalam menangani segala tipu helah yang mungkin dilancarkan. Kukuhkan saf Pakatan agar dapat memberi keyakinan kepada pengundi bahawa mereka kini sudah bersedia untuk menjadi pihak pemerintah. Jangan jadikan tipu helah yang mungkin dilancarkan oleh pihak lawan sebagai alasan untuk menunjukkan kelemahan diri. Gunakan saluran yang ada dan sampaikan bukti jika benar-benar ada penyelewengan walaupun kadangkala mungkin ada juga sedikit penyelewengan menerusi saluran yang ada...

Secara ringkasnya aku meramalkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerusi Bagan Pinang pada 11 Oktober ini dan kalaupun BN menang, majoriti mereka akan turun mendadak...

Zulkefley Mohd Omar vs Tan Sri Isa Samad.... Kita lihat sapa yang kena.....

p/s : BN nak nombor 2... PR nak nombor 8.... =)