Pengikut Blog Ini

Tuesday, March 8, 2011

3 Tahun Sudah Berlalu : Masa Untuk Berubah..!


Genap sudah 3 tahun pasca PRU-12 atau juga dikenali sebagai Gelombang Tsunami Politik oleh para pengamal politik. Mana tidaknya, tanpa sebarang tanda-tanda akan kejatuhan undi di pihak kerajaan yang memerintah, rakyat hampir menunjukkan jalan keluar buat mereka. Kegagalan membentuk majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sedikit sebanyak telah menyentap ego mereka. Rakyat telah membuktikan betapa mereka tidak akan selalunya kebal dan sentiasa berada diatas. Pakatan pembangkang juga sedikit terkejut dengan keputusan itu kerna tidak menyangka menerima sokongan yang agak padu pada waktu itu.

Itu cerita 3 tahun dulu. Selepas 3 tahun berlalu adakah sentimen serupa masih lagi ada? Aku berpendapat bahawa mungkin sentimennya sudah agak menurun sedikit jika hendak dibandingkan pada 2008. Mungkin sesetengah rakyat bukanlah penyokong tegar pakatan pembangkang tetapi ada satu sentimen yang menyebabkan mereka tidak mahu mengundi parti pemerintah pada waktu itu. Di sesetengah tempat mereka akan mengundi sesiapa sahaja asalkan bukan BN. Contoh yang paling nyata di Bukit Selambau apabila calon Bebas disitu menang menewaskan calon BN tatkala calon Pakatan Rakyat dibatalkan penyertaannya. Apa yang rakyat mahu tunjukkan disitu?

Kemenangan BN dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini telah memberi sedikit keyakinan kepada parti tersebut untuk terus bergerak. Tidak mustahil PRU-13 akan diadakan dlam tempoh waktu ini. Bau-bau PRU-13 ini sudah semakin jelas terhidu. Cuma tinggal waktu dan ketika yang sesuai sahaja untuk mengumumkannya. Waktu yang tepat akan memberikan sedikit kelebihan kepada BN dalam penentuan undi beralih kepada mereka. Tapi siapa tahu kerana kemenangan BN dalam PRK sejak akhir-akhir ini tidaklah menggambarkan secara total pola pengundian di peringkat nasional. Mungkin Gelombang Ke-2 Tsunami Politik akan berlaku sepertimana yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat.

Dalam usaha untuk memenangi hati rakyat Malaysia, Pakatan Rakyat harus menunjukkan mereka benar-benar serius dalam membawa perubahan seperti yang dimahukan oleh majoriti rakyat. Bukan sekadar cakap kosong. Kalau tidak samalah mereka dengan puak yang sebelah lagi. Tiada bezanya. Seperti yang aku telah nukilkan 3 tahun lepas, cara pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat bakal mencerminkan bayangan pemerintahan mereka di peringkat nasional. Tempoh 3 tahun sudah cukup aku fikir untuk menggambarkan tahap keseriusan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk melangkah ke Putrajaya sebagai kerajaan pemerintah.

p/s : Masa Untuk Berubah..!

Monday, March 7, 2011

2 Dalam 1 ; Sama Tapi Tak Serupa..


Kalah lagi..!! Adush..Memang hari yang tak menarik la semalam.. Semua nak kalah.. Bermula dengan kekalahan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di dua kerusi DUN N27 Merlimau dan DUN N28 Kerdau sehinggalah kepada kekalahan United di Anfield. Sadis tul la semalam..

Kekalahan di Merlimau dan Kerdau tak lah aku pelik sangat sebab dua-dua kawasan ni memang tempat UBN. Kalau kalah pun biasalah kan.. Namapun parti pembangkang. Memang la susah nak menang. Lagi-lagi kalau kawasan yang sudah sejak sekian lama dikuasai puak pemerintah. Cuba pilihanraya dekat Kelantan, sama jugak lebih kurang apa yang berlaku kepada PAS akan berlaku kepada UBN. Ahaha..

Tetapi aku kurang boleh terima bab kekalahan United tu. 3 bijik kena.. Last2 minit bila time orang dah nak balik baru la nak score sebijik.. Ok jugakla.. Daripada telur.. Huh! Main tidak seperti juara. Mungkin krisis pertahanan menyebabkan United terkantoi dibahagian bawah. Ditambah pulak dengan ketidakefisienan bahagian depan. Memang melingkup la...

Habis sudah ulasan 2 dalam 1 aku hari ini. Maklum la dah lame tak menulis. Tambah lagi ruang masa yang tak mencukupi. Sebab tu aku campur je semua daripada bab bola sampai la kepada bab politik sket.. Ahaha.. Jumpe lagi dalam tulisan yang akan datang yang tak tau la lagi bila aku bole tulis kat sini. Wassalam.

p/s : Satu persamaan antara United dengan Pakatan Rakyat semalam. Dua-Dua KALAH!