Pengikut Blog Ini

Sunday, February 21, 2010

Malam Suram Buat United...


Minggu yang sedikit malang buat United. Setelah berjaya menewaskan AC Milan dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu United kembali dalam persaingan liga dengan langkah kiri. Mana tidaknya, mereka tewas buat kali ke-6 musim ini di tangan Everton-kelab kelahiran Rooney dengan jaringan 3-1. Sebelum perlawanan ini, United seri dengan Villa-satu perkembangan yang kurang baik buat United dalam perebutan takhta kejuaraan. Kemenangan Everton ini aku lihat sebagai satu detik kebangkitan buat Everton setelah sebelum itu menewaskan Chelsea - satu lagi pencabar kejuaraan di gelanggang yang sama.

Selepas jaringan Berbatov aku lihat United tidak begitu berdaya untuk menahan serangan Everton yang kelihatan menguasai keseluruhan permainan. Tambah malang lagi apabila pencabar terdekat Chelsea kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan Wolverhampton 2-0 di gelanggang lawan. Begitu juga dengan Arsenal yang menang ke atas Sunderland dengan jaringan serupa.

Nampaknya United perlu kembali ke landasan kemenangan untuk merapatkan kembali jurang 4 mata dengan Chelsea dan menjauhkan kembali jarak mata dengan Arsenal yang kini berbaki 2 mata selepas perlawanan malam semalam.

Perlawanan selepas ini, United melawan West Ham di Old Trafford diharap dapat mengembalikan kembali momentum kemenangan yang sedikit terjejas setelah kekalahan malam tadi. Walaupun kecewa, aku masih menaruh keyakinan bahawa United mempunyai ramuan yang cukup untuk bergelar juara liga musim ini...

P/s : Prediction perlawanan semalam gagal.. Untuk perlawanan akan datang aku predict 3-0..

Wednesday, February 10, 2010

Antara Malang Yang Bertuah...


Hari yang agak malang aku fikir buat gergasi EPL selepas perlawanan pagi tadi.. Chelsea tewas kepada Everton walaupun telah mendahului. Liverpool juga kecundang pagi tadi kepada Arsenal. Malah gagal pula dalam pertikaian "hand ball" yang dilakukan oleh Fabregas berhampiran kotak penalti pada saat-saat akhir permainan. United pula hanya seri dengan Villa setelah Nani di arah keluar padang walaupun baru 30 minit bermain...

Sungguhpun begitu terdapat juga elemen-elemen tuah selepas perlawanan pagi tadi... Fabregas misalnya terlepas daripada pandangan pengadil setelah dengan sengaja menyentuh bola pada saat-saat akhir permainan yang mana mungkin boleh mengubah keputusan perlawanan pagi tadi. United juga bertuah sebenarnya.. Kalau tidak kerna jaringan sendiri pemain Villa aku fikir United akan pulang dengan tangan kosong dari Villa Park.. Begitu juga dengan Chelsea yang menumpang tuah atas kegagalan United meraih tiga mata di Villa Park untuk terus menerajui liga dengan kelebihan satu mata.

Adakah senario seumpama ini akan terus berlaku untuk perlawanan liga yang seterusnya..? Aku juga melihat beberapa keputusan pengadil yang kurang bernas dalam perlawanan pagi tadi.. Sama ada yang melibatkan Villa mahupun United.. Mungkin hanya aku yang berpandangan begitu... Aku pun tak tahulah.. Aku bukanlah begitu arif dalam menganalisis keputusan pengadil tetapi terdapat beberapa insiden kekasaran yang dilakukan oleh pemain United dan Villa pada hemat aku perlu ada tindakan susulan daripada pengadil perlawanan. Entahlah.. Mungkin mata aku salah tengok mungkin.. Maklumlah mengantuk di awal pagi.. Hehe...

Walauapapun yang terjadi, United masih lagi dalam persaingan dalam merebut kejuaraan Liga Perdana. Perlawanan selepas ini dilihat lebih mencabar apabila turun menentang Everton di Goodison Park pada 20 Februari ini. Maklumlah lepas menang dengan Chelsea.. Mestilah bersemangat nak kalahkan United pula.. Ahaha.. =)

Glory...Glory....

p/s : Memandang ke arah perlawanan Champions League pula...

Monday, February 8, 2010

Ku Sangkakan 3.. Rupanya 5... Nasib Baik Tak 6....


Seperti dijangka kedudukan liga berubah lagi.. Selepas 24 jam United menerajui liga kini Chelsea kembali memintas apabila menang 2-0 dengan Arsenal semalam. Secara jujurnya aku nak seri jer pada mulanya, tapi apabila melihatkan kedudukan dalam liga biarlah Arsenal menang.. United gak yang untung.. Ahaha..

Walaubagaimanapun agak malang apabila Arsenal kembali malang apabila tewas buat kali kedua berturut-turut dalam tempoh seminggu. Mula-mula dengan United.. Kemudian dengan Chelsea.. Apa pula ceritanya dengan Liverpool nanti.. Janganlah kalah... Menarik gak kalau tengok Liverpool tak dapat main kat Champions League musim depan.. Hehe..

Dalam perlawanan sebelum ini, seperti dijangka United mudah untuk menewaskan Porstmouth di Old Trafford.. Dalam entri sebelum ni aku hanya jangkakan 3-0.. Tetap ramalanku ini adalah salah sama sekali.. Rupanya 5-0.. Ahaha.. Dan lagi menarik 3 dari 5 gol tu gol sendiri.. Player Portsmouth dah tak dapat nak skor gol lawan, skor gol sendiri pun ok la kot.. Hehehe..

Perlawanan selepas ini menentang Aston Villa agak sedikit sukar aku fikir.. Tetapi memandangkan prestasi terkini United aku yakin mereka akan menang dalam perlawanan pertengahan minggu itu..

Glory.. Glory....

p/s : Prediction akan datang Aston Villa 0-2 Man United... =)


Saturday, February 6, 2010

Prediction Gaya Bebas <>United - Portsmouth<>


Sudah beberapa hari aku terlepas untuk mengupdate blog ni.. Sibuk+masalah sambungan internet di rumah.. Aku pun tak tahu la ape masalah internet kat rumah aku tu.. Ni pun aku pergi ke library nak dapatkan sambungan internet. Hehe..

Seperti yang sedia maklum malam ini akan berlangsungnya perlawanan antara United dan Portsmouth di Old Trafford. Perlawanan ke 25 untuk musim ini.. Sungguhpun dilihat mudah untuk United untuk mengutip 3 mata penuh seterusnya kembali ke takhta liga, tapi aku sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati. Apa-apa pun boleh terjadi. Bila fikir-fikir balik perlawanan-perlawanan yang seumpama inilah membuatkan United hilang mata.
Chelsea pun dah menerima akibatnya apabila hanya seri menentang Hull ; pasukan yang dianggap mudah untuk ditewaskan pada pertengahan minggu . Jikalau United menang pada malam ini, mereka akan berada di takhta liga untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam dan hanya kemenangan Arsenal esok sahajalah yang akan mengekalkan United sebagai peneraju liga sehingga pertengahan minggu depan.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada United..!!! Kemenangan pasti di pihak anda..!! Yeehaa!!

Glory... Glory.... Man United....

p/s : Prediction : United 3-0 Portsmouth.. Hehe...

**********************************************************************

Monday, February 1, 2010

Gaya United...


Nani, Rooney, Ji Sung.. Tiga nama. Tiga gol. Tahniah buat United yang berjaya menewaskan Arsenal 3-1 malam semalam.. Kini United hanya satu mata di belakang pendahulu Chelsea tetapi pendahulu liga itu bermain kurang satu perlawanan.

Sehari sebelumnya Chelsea menepati ramalan apabila berjaya menundukan Burnley di gelanggang lawan dimana tumbangnya United dan Arsenal pada awal musim.

Sebelum perlawanan bermula aku dan Pakcu telah membuat ramalan tentang keputusan perlawanan ini. Sebagai seorang yang optimis beliau telah meramalkan kemenangan United 3-0 dan aku sedikit realistik apabila meramalkan kemenangan 3-1 buat United..Ahaha.. Dan seperti di ketahui ramalanku benar belaka.. Walaupun pada suatu ketika ramalan Pakcu hampir tepat.. =p

Selesai sudah minggu yang getir. Selepas ini United akan menanti kunjungan Portsmouth di Old Trafford. Jangan nanti menang dengan Arsenal tapi kalah pulak dengan Portsmouth. Memang sengal kuda la kalau macam tu.. Hehehe...

p/s : Semoga Arsenal dan Chelsea seri pada minggu depan.. =p