Pengikut Blog Ini

Friday, September 18, 2009

Arrivederci Ramadhan...


Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Maka Syawal pula bakal menjelma. Semoga Ramadhan kali ini memberikan kesan yang positif kepada diri kita dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Moga-moga kita menghadapi hidup yang lebih sempurna dan diberkati oleh Allah S.W.T. Kebaikan yang dilakukan seharusnya diteruskan bukan ditinggalkan dan keburukan yang telah ditinggalkan jangan dibangkitkan kembali..

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam seantero dunia. Sambutlah Aidilfitri dengan penuh keceriaan dan dengan penuh rasa kesyukuran.. Berdoalah agar kita akan dapat bertemu kembali Ramadhan yang penuh barakah ini pada tahun yang akan datang.

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin....

p/s : Offline untuk beberapa hari... =)

Wednesday, September 16, 2009

Siapa Yang Sesat.....?


Nampaknya ada orang yang sudah tidak keruan hidupnya... Rasa malu mungkin.... Atau terasa diri ini sangat-sangat ditolak... Hingga tersungkur rasanya.... Itulah hakikat UMNO hari ini.. Sudahlah jatuh ditimpa tangga, tiada pula orang yang nak alih tangga tu.. Terduduklah sang pemimpin dihimpit sang tangga... Tapi mengapa begitu lakunya..? UMNO kan gagah.. UMNO kan kuat... UMNO kan berpengaruh.... Semuanya adalah kerana orang Melayu itu sendiri yang merupakan tunjang hidup untuk UMNO..

Mengapa aku cakap macam tu? Sebabnya mudah, orang melayu kini lebih terbuka mindanya.. Tidak lagi terjajah oleh bentuk pemikiran UMNO yang sentiasa memainkan pelbagai isu perkauman.. Penglibatan orang Melayu dalam DAP sebenarnya telah memberikan tamparan yang hebat kepada UMNO dan bukannya PAS seperti mana yang digambarkan oleh Ketua Penerangan UMNO iaitu Ahmad Maslan.

Ahmad juga menyifatkan kemasukan orang Melayu kedalam parti DAP sebagai "sesat" dalam berpolitik dan sepatutnya kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO. Alahai... Janganlah kerana tidak menyokong UMNO terus dikatakan sesat.. Pada aku tidak kiralah menyertai parti mana sekali pun yang penting seseorang individu itu boleh menerima asas perjuangan parti yang disertai.. Kalau bersetuju dengan agenda yang dibawa oleh Barisan Nasional, masuk sajalah UMNO. Dan jika bersetuju dengan agenda Pakatan Rakyat masuk sajalah mana-mana parti sama ada PAS, PKR atau pun DAP.. Semuanya boleh.. Orang bukan Islam juga boleh bersama-sama dalam PAS.

Sebenarnya, penyertaan orang Melayu dalam DAP ini sudah lama. Dan sudah ada pun orang Melayu yang menjadi calon Pilihan Raya dan bertanding bawah tiket DAP.. Cuma baru sekarang penyertaan orang Melayu dalam DAP dipromosikan... Pegangan aku satu je.. Sokonglah mana-mana kau nak sokong.. Ini negara demokrasi.. Jangan terlalu sempit pemikiran itu dengan kata kalau sokong DAP itu akan melemahkan orang Melayu.. Dan kalau sokong UMNO itu suka rasuah.. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.. Sokonglah sajalah UMNO jika masih bersetuju dengan UMNO.. Dan sokonglah PR jika mahu melihat perubahan baru...

Bak kata Najib : 1 MALAYSIA...

p/s : Jangan cepat menilai seseorang... Tidak kiralah PR mahupun BN...

Monday, September 14, 2009

Berjuanglah Demi Agamamu...


Allahuakbar..... Allahuakbar.... Allahuakbar.....

Dalam pada kita sibuk dengan urusan seharian, aku ingin membawa kembali ingatan kita kepada saudara seagama kita yang berada di Palestin yang masih berjuang untuk menentang penindasan daripada puak-puak Yahudi Laknatullah itu.. Aku sebenarnya terpanggil untuk membicarakan hal ini setelah melihat kekejaman tentera Yahudi keatas bumi Gaza dengan lebih dekat lagi.. Dan hari ini juga aku rasa amat bertuah untuk dapat bertemu sendiri dengan salah seorang Ulamak Palestin yang di datangkan khas ke Surau Ar-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam untuk membicarakan dengan lebih terperinci dan menceritakan pengalaman beliau sewaktu di Gaza..

Satu perkara yang amat menarik perhatian aku adalah apabila kebesaran Allah itu ditunjuk jelas apabila Allah menghantarkan bantuan bagi melindungi Gaza daripada dimasuki pihak tentera Zionis.. Tentera Zionis sebenarnya tidak pernah sejengkal pun menjejak ke tanah Gaza.. Diceritakan sendiri oleh media Yahudi bahawa tentera-tentera mereka melihat satu pasukan tentera berpakaian putih melindungi seluruh Gaza. Sedangkan apabila ditanya penduduk Gaza tentera-tentera mujahidin di Gaza memakai pakaian yang pelbagai warna dan tiada yang berwarna putih.. Allahuakbar.. Besar sungguh bantuan yang diturunkan oleh Allah kepada bumi Gaza.. Turut diceritakan bagaimana tentera-tentera Yahudi hanya mampu menggugurkan bom keatas bumi Gaza.. Manakala jumlah bom yang digugurkan itu adalah sama jumlahnya dengan jumlah penduduk Gaza.. Yakni tentera yahudi mahu membunuh satu orang penduduk dengan satu bom.. Tetapi sekali lagi kekuasaan Allah mengatasi segalanya.. Hanya sebahagian sahaja bom-bom tersebut berjaya di gugurkan...

Di kesempatan ini aku ingin mengajak seluruh umat Islam agar sama-sama membantu saudara-saudara kita di Palestin. Bukan soal bangsa kita perjuangkan tetapi soal agama yang kita tegakkan..

Kepada yang ingin menderma bolehlah menyalurkan bantuan menerusi Tabung Palestin HALUAN.. Secara ringkas HALUAN Malaysia atau Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (PPM 969/88) adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menyumbang bantuan kepada yang memerlukan sama ada di tanah air tercinta mahupun di luar negara.

Berikut adalah no akaun untuk menyumbang ke dalam Tabung Palestin HALUAN ini :
  1. BIMB : 14 023 01 003429 2
  2. MAYBANK : 5644 9020 8528
Atau boleh juga menghubungi HALUAN pada talian berikut :
  1. Tel dan Fax : 03-7846 4146
Emel : palestin@haluan.org.my

Sama-sama kita membantu....

Thursday, September 10, 2009

UMNO Parti Islam Sebenar...?


Sedang aku melihat-lihat berita mutakhir di Berita Harian Online, aku terjumpa satu berita. Berita yang boleh bikin semua ahli UMNO menarik nafas lega.. Berita yang boleh bikin UMNO diterima hendaknya.. Berita apakah itu..? Hehe.. Berita yang pada aku hanya sebahagian je yang boleh diterima.. Hanya sebahagian sahaja yang boleh diterima dek kepala otak aku ni..

Tajuk beritanya ialah, "Najib tegaskan bahawa UMNO adalah parti Islam sebenar" Benarkah begitu? Hujah Najib, UMNO itu adalah sebuah parti Islam yang sebenar kerana UMNO membela dan berusaha untuk menaik taraf umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.. Katanya lagi kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan dalam kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda..

Hurm.. Hebat juga ya.. Hehe.. Bahagian yang aku dapat terima hanyalah kemiskinan itu menghampiri kekufuran.. Itu je.. Yang lain-lain tu macam susah sikit nak masuk kepala aku ni.. Apa yang aku mahu bicara disini bukanlah tentang jasa "UMNO Lama" yang ditumpang sekaki oleh "UMNO Baru" membuka tanah rancangan Felda ni.. Apa yang aku ingin bicara disini adalah, adakah benar UMNO itu sebuah parti Islam yang sebenar?

Dari satu sudut memang betul UMNO itu parti Islam. Hal ini kerana ahli-ahlinya terdiri daripada orang Melayu Islam. Tetapi bukanlah parti Islam yang sebenar sepertimana yang dikatakan oleh PM 1Malaysia kita ni.. Islam sebenar bukan sekadar menaiktaraf hidup rakyat semata-mata seperti yang digambarkan tetapi daripada segi pelaksanaannya juga..

Ape yang aku maksudkan dengan pelaksanaan adalah ahli-ahlinya juga mestilah menjadikan Islam itu sebagai satu cara hidup.. Mana mungkin Islam mengamalkan politik wang.. Mana mungkin Islam membenarkan pendedahan aurat.. Mana mungkin Islam membenarkan persentuhan dengan bukan muhrim.. Mana mungkin Islam membenarkan umatnya mencerca agama lain.. Dan mana mungkin Islam menolak hukuman yang ditetapkan oleh Allah S.W.T..

Janganlah pula cepat melatah jika aku katakan bahawa UMNO ini hanyalah Islam pada namanya sahaja.. Hanya segelintir ahlinya saja yang benar-benar mengamalkan Islam sebenar.. Tetapi secara totalnya mereka tidaklah mengamalkan Islam yang sebenar..

Jadikanlah Islam itu sebagai satu cara hidup...

p/s : Sekadar membetulkan apa yang dikatakan oleh PM 1 Malaysia kita....

Bila Aku Meracau.......


Dalam kesibukan waktu ini, aku terfikir apakah hala tuju masa depan negara ini..? Adakah generasi muda hari ini mampu untuk menghadapi cabaran dalam hayat yang akan datang..? Adakah segala penyalahgunaan kuasa dalam semua perngkat pentadbiran akan dapat di hapuskan..? Adakah masih ada ruang demokrasi sebenar pada masa akan datang..? Atau hanya demokrasi cap ayam saja..?

Bukanlah fakta yang ingin diutarakan... Hanyalah secebis bingkisan jiwa yang sering bermain dalam diri ini.. Fakta boleh dicari... Tetapi luahan hati itu suatu yang sangat subjektif dan berbeza-beza bagi setiap orang.. Kadangkala fakta itu boleh direka cipta.. Fakta itu boleh ditokok tambah..

Kepada sang pemerintah, laksanakan tugas anda dengan baik.. Bebaskan diri anda daripada menyalahgunakan kuasa yang ada.. Keadilan dan ketelusan adalah yang utama.. Kami golongan marhaen sentiasa memerhatikan anda sama ada anda layak dijulang sebagai wira atau dicampak ke longkang..

HIDUP RAKYAT..!!!

p/s : Adakah aku tengah meracau..???

Wednesday, September 9, 2009

Menjelang 10 Malam Terakhir.....


Pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke sepuluh malam terakhir dalam bulan yang penuh barakah ini yakni bulan Ramadhan. Rasa sungguh cepat masa berlalu.. Belum puas rasanya menikmati keindahan bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan yang penuh dengan ganjaran yang berlipat kali ganda..

Sepuluh malam yang terakhir ini seharusnya menjadi rebutan seluruh umat Islam kerana dalam sepuluh malam terakhir inilah terletaknya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan yakni malam Lailatul Qadar.. Hal ini telah di sebut oleh Allah S.W.T seperti dalam firmannya dalam surah Al-Qadr yang bermaksud :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakan jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah) untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini sehingga terbit fajar"

Oleh yang demikian kita seharusnya merebut malam ini kerana ganjarannya yang teramat besar dan inilah masanya kita merapatkan diri kepada Allah. Melupakan sejenak urussan dunia kerna dunia ini adalah satu alat untuk mengecapi nikmat di akhirat kelak.

Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna dan pengertian dan menjadi titk tolak kepada peningkatan iman dalam diri kita.. Tiada gunanya duit berjuta.. Tiada gunanya banglo yang mewah-mewah dan tiada gunanya mengejar pangkat dan harta semata-mata jika tiada keimanan dalam jiwa dan hati nurani kita..

Ambil kesempatan sementara masih ada masa... Jangan nanti bila mana roh sudah berpisah daripada jasad baru kita hendak menyesal kerana sudah tiada gunanya...

p/s : Kukuhkan iman, hiasi peribadi...

Sunday, September 6, 2009

Hebatnya Blogger U.M.N.O Ni...


Apa beza blogger pro UMNO dan blogger pro Pakatan.. ? Aku dulu malas nak tengok blog mereka yang pro UMNO ni.. Sebab kadang-kadang tu nak termuntah di buatnya.. Hujah-hujah yang disampaikan terlalu cetek dan mudah sangat nak di patahkan...

Apabila membaca blog pro UMNO ni kita akan dapat melihat satu perbezaan yang amat jelas... Perbezaan yang amat ketara dalam penulisan blogger pro UMNO ni adalah penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan kesat sekali memaki hamun para pemimpin Pakatan Rakyat dan penuh dengan pendustaan dan fitnah semata-mata... Kebanyakan mereka adalah begitu corak penulisannya... Aku tak jumpe lagi satu blog pro UMNO yang baik susun atur bahasanya jika dibandingkan dengan kebanyakan blogger-blogger pro Pakatan yang lebih kritis mengkritik.. Bukan caci maki yang terhambur tanpa sebarang asas yang kukuh..

Lagi satu perbezaan yang aku dapat lihat blogger pro Umno ni adalah mereka tiada usaha langsung untuk mempertahankan apa yang telah mereka tulis.. Tiada satu komen balas pun dihantar untuk menjawab persoalan yang aku timbulkan tentang apa yang mereka tulis.. Sebagai contoh blog Kamalfarysa ni.. Salah seorang blogger pro Umno yang aku fikir gagal dalam mengukuhkan hujahnya.. Aku masih menunggu komen balas daripada beliau.. Tapi sehingga kini tiada satu pun komen yang di hantar untuk counter balik apa yang aku utarakan..

Bukanlah nak kata blogger yang menggelarkan diri sebagai ''Blogger Pembela Negara'' ni kurang bijak berhujah atau apa pun.. Tetapi itulah hakikatnya... Bukan aku cakap.. Tapi tindakan mereka membenarkan apa yang dikatakan..

Kepada semua blogger, jagalah etika penulisan anda... Walau sebenci mana pun kita kepada seseorang, kita tiada hak untuk menghina dan memfitnah mereka.. Gunakanlah perkataan-perkataan yang berhemah.. Bukan caci maki kerana penulisan itu menggambarkan siapa diri kita sebenarnya..

Yang paling penting, pastikan apa yang dikatakan itu benar.. Bukan hanya omongan kosong dan telahan semata-mata.. Fakta itu yang utama..

p/s : Bilalah penulis blog Kamalfarysa ni nak counter balik komen aku...

Kempen Anti-Katak Se-Malaysia...


Aku kadang-kadang tak paham... Apalah yang bagusnya kalau seseorang Adun atau MP tu berpaling tadah dan menyokong parti lawannya atau dengan kata yang lebih mudah di fahami oleh 1 Malaysia adalah melompat parti.. Aku tak setuju langsung dengan tindakan lompat-lompat parti ni..

Aku masih ingat dulu DSAI ada mencanangkan bahawa ramai MP daripada Sabah dan Sarawak akan menyeberang parti dan menyokong Pakatan Rakyat.. Malah ada ura-ura PR akan mengambil alih Kerajaan pada satu tarikh keramat iaitu pada 16 September.. Tapi gagal apabila tiada pun MP daripada BN yang menyertai PR... Mungkinlah ini salah satu strategi beliau untuk menimbulkan satu suasana yang menggerunkan buat Kerajaan BN.. Siapa tahu.. DSAI bab bermain politik memang geliga.. Hehe...

Kemudian, kes di Perak pula timbul.. Si ADUN Bota tiba-tiba mengisytiharkan diri menyokong kepimpinan PR di Perak.. Nah bersorak sakanlah kita dengan penghijrahan ADUN Bota ini ke dalam PR.. Lepas 2 hari si mamat ADUN Bota ni berada dalam kerajaan PR, dia masuk balik BN dan bawak sekali 3 ekor katak join mereka.. Maka tergadailah Perak kepada BN...

Yang terbaru.. Ada ura-ura beberapa ADUN BN di Terengganu nak menyertai PKR dan menubuhkan kerajaan baru di Terengganu bersama PAS akibat daripada ketidakpuashatian Adun-Adun ini dengan kepimpinan Ahmad Said.. Tetapi berita ini di nafikan oleh pihak-pihak yang terlibat.. Begitu juga di Negeri Sembilan.. Kalaulah PR menang di Bagan Pinang maka PR hanya memerlukan hanya 3 orang Adun daripada BN untuk menyertai mereka dan menjatuhkan Kerajaan BN di sana..

Apa yang aku nak kata disini ialah tak perlulah nak lompat-lompat parti semata-mata nak membentuk kerajaan. Setelah apa yang berlaku di Perak, aku berpendapat biarlah kita berkerajaan dengan sokongan rakyat.. BUKAN dengan sokongan para KATAK yang masuk ke parti kita... Biarlah kita melihat rakyat senang dengan pilihan yang dibuat oleh mereka.. Kalau kita kalah hari ini tak bermakna kita akan kalah juga pada masa akan datang..

Aku akui dulu aku agak bersetuju dengan tindakan DSAI untuk menjemput MP daripada Sabah dan Sarawak untuk menyertai PR seterusnya membentuk kerajaan.. Tetapi hari ini pandangan aku berubah sama sekali kerana aku berpendapat apa yang diputuskan oleh rakyat itu adalah muktamad.. Sebarang pertukaran kerajaan bolehlah kita lakukan pada PRU yang akan datang.. Hak rakyat sebagai pengundi hendaklah di hormati.. Bukan dilanggar sesuka hati..

Semoga apa yang aku titipkan ini akan membuka mata semua pihak bahawa jika benar rakyat didahulukan, BUBAR saja DUN Perak.. Apa lagi yang mahu ditunggu.. Barulah benar rakyat didahulukan.. Bukan katak didahulukan..

Kepada PR, janganlah kita ghairah mengejar untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan KATAK-KATAK ini.. Tiada gunanya membentuk kerajaan jika kita bukanlah pilihan rakyat.. Oleh itu tadbirlah negeri yang dikuasai dengan baik kerana negeri-negeri inilah yang akan dijadikan modal untuk meraih sokongan rakyat pada PRU yang akan datang... Baik modalnya, maka tinggilah hasilnya...

p/s : Kejayaan menanti untuk PR pada masa akan datang.. Insyaallah... =)

Saturday, September 5, 2009

Tukar Jadi 8 Atau Jadi 2...?


1 Malaysia sudah tahu aku fikir... Satu lagi PRK akan diadakan dalam tempoh 60 hari ini.. Kali ini kita bakal menyaksikan pertembungan di Bagan Pinang pula.. Hal ini berikutan pulangnya penyandang kerusi DUN Bagan Pinang iaitu Azman Mohammad Noor ke rahmatullah petang tadi.. Ucapan takziah kepada keluarga beliau.. Al-Fatihah..

Nampaknya, Najib tiada alasan lagi untuk mengelak kali ini.. Ingatkan dapat tidur lena selepas Kota Seputih terselamat daripada PRK, nampaknya tak lena jugalah tidur PM 1 Malaysia kita ni.. Hehe... Rilek.. Ini kan tempat BN... Pasti lebih mudah kan... Janganlah sampai tak tidur lena ya..

Untuk rekod, BN telah memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini dengan majoriti 2333 undi.. Boleh dikatakan agak tinggi juga.. Persoalannya, mampukah BN untuk terus kekal di kerusi tersebut atau terpaksa berputih mata sepertimana yang berlaku di Kuala Terengganu sebelum ini..? Hanya rakyat yang menentukan...

Pertembungan di Bagan Pinang ini aku lihat sebagai amat penting bagi Pakatan Rakyat dan juga BN.. Bagi PR, inilah masanya untuk membuktikan mereka benar-benar kuat untuk mengambil alih pemerintahan negara pada PRU-13 yang akan datang.. Selain daripada Kuala Terengganu, 6 kawasan lain yang dimenangi PR sebelum ini adalah kawasan yang mana mereka telah menang pada PRU-12 yang lepas.. Oleh sebab itu, PRK Bagan Pinang adalah tempat yang paling sesuai untuk menunjukkan kepada BN bahawa PR semakin diterima rakyat dan kukuh untuk menjadi parti pemerintah pada masa akan datang.. Bukan mudah untuk memadamkan kelebihan majoriti 2333 undi memandangkan angka tersebut agak besar jumlahnya.. Tetapi dengan usaha jentera kempen PR, aku berpendapat peluang PR untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang secara halal akan berjaya..

Bagi BN pula, ini adalah masanya untuk memastikan mereka tidak kehilangan lagi satu kerusi setelah kehilangan satu kerusi Parlimen di Kuala Terengganu pada PRK yang lepas disamping gagal merampas 6 kerusi yang lainnya.. Ini juga akan menjadi titik tolak sama ada sokongan daripada rakyat kepada UMNO itu masih ada atau UMNO makin keciciran dalam arus politik semasa.. Juga menjadi persoalan, adakah kemenangan pertama untuk PM 1 Malaysia kita di Semenanjung akan menjadi kenyataan..? Seperti yang aku katakan, hanya rakyat yang boleh menterjemahkannya.. Sudah 7 kali post mortem dibuat.. Moga-moga mereka jumpa formula yang sepatutnya untuk terus kekal menguasai Bagan Pinang..

Harapan aku adalah satu sahaja.. Biarlah hari mengundi untuk PRK Bagan Pinang ini diadakan pada hujung minggu dan bukan pada hari bekerja.. Target keluar mengundi nak tinggi tapi buat hari bekerja.. Apa kes.. Memang la sikit peratus keluar.. Agak sukar bagi pengundi di luar kawasan untuk balik mengundi jika dibuat pada hari berkerja..

Inilah dilema UMNO/BN sekarang.. Terlepas Kota Seputih, muncul pula Bagan Pinang.. Apa pula modal BN kali ini.. Anak Emas lagikah..? Atau mungkin anak Intan Berlian pulak... Jambatan..? Pengkhianat bangsa..? Hanya PM 1 Malaysia saja yang dapat tentukan modus operandinya.. Hehe... Semoga kemenangan akan terus berada di pihak Pakatan Rakyat... Insyaallah..

p/s : 8 atau 2..? 3 atau 30..? Pengundi Bagan Pinang yang tentukan...

Thursday, September 3, 2009

Huru-Hara Aku Dibuatnya...


Kehidupan semakin huru-hara.. Hehe.. Kehidupan aku la.. Bukan kehidupan orang lain.. Menghadapi cabaran tambang bas Rapid KL yang naik 500% bermula 1 September ritu.. Yelah.. dulu aku belanja RM 1 je untuk satu hari naik bas.. Tapi sekarang ni kene belanja lebih kurang RM 5 ringgit sehari.. Sebabnya Rapid dah membuat penstrukturan baru untuk tambang basnya.. Sekali naik untuk laluan Tempatan kene bayar tambang Rm 1.. Aku berkira-kira kene tukar bas sebanyak lima kali untuk pergi dan balik.. Pergi 2 kali, balik 3 kali.. Jadilah RM 5..

Tak pelah.. Nak buat macam mana kan.. Biasa la tu.. Kerajaan pun bole berubah.. Inikan pula tambang bas.. Nak jimat aku kene beli la Rapid Pass tu.. RM 40 sebulan.. Tapi tak beli-beli pun.. Bila entah aku nak pegi beli.. Haha.. Rasa cam malas je nak pergi beli.. Dah tu gaduh ke tambang naik 500 %.. Entah pape aku nih.. Hehe..

Nampaknya 2 minggu sebelum raya ni adalah waktu yang paling kritikal pada aku.. Assignment yang masih ada yang belum diselesaikan.. Kelas-kelas ganti... Memang menguji sungguh ketahanan mental. Heheh... Adat la kan.. Name pun pelajar.. Bukan senang nak senang dan bukan susah kalau nak susah..

Semoga aku terus kuat menghadapi hari-hari yang mendatang...

p/s : Takde ape nak tulis pun sebenarnya.. Saje je ni.. =)

Tuesday, September 1, 2009

Murid-Murid... 2 X 5 Berapa...?


Hurm.. Makin hari makin panas masalah dalaman yang dihadapi MCA.. Aku kurang mengikuti perkembangan politik MCA ni.. Tapi sejak akhir2 ini aku lihat perbalahan yang berlaku bakal memberikan impak yang tidak baik kepada BN secara keseluruhannya.. Al-maklumlah kan.. MCA ini adalah parti komponen BN kedua terbesar selepas UMNO... Maka tidak salah jika aku mengatakan ini akan melemahkan lagi perpaduan BN setelah UMNO juga dilihat bermasalah walaupun cuba diselindungkan daripada pemerhatian ramai..

Terbaru, adalah mengenai kemungkinan 2 Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bakal diadakan susulan pemecatan Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada parti minggu lalu. Ini berikutan keputusan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, untuk memanggil EGM ketika penyokong Dr Chua turut merancang mengadakan mesyuarat berkenaan dalam usaha membatalkan pemecatan Timbalan Presiden itu.

Pertembungan 2 pemimpin tertinggi ini akan memecahbelahkan MCA kepada 2 kumpulan yakni kumpulan Dr Chua dan kumpulan Ong Tee Keat.. Apa yang aku nak tulis kat sini bukanlah pasal EGM yang bakal diadakan oleh MCA tu, tetapi tentang sebab Dr Chua dipecat..

Kata Ong, Dr Chua dipecat kerana penglibatan beliau dalam DVD skandal seksnya menjejaskan imej parti walaupun jika dilihat secara kasar Dr Chua telah pun dihukum atas kesalahannya itu.. Ada ahli-ahli MCA turut mempersoalkan kembali adakah penglibatan Datuk Seri Ong Tee Keat dalam skandal PKFZ itu tidak menjejaskan imej MCA..?

Bukan mahu menyokong mana-mana pihak.. Tetapi situasi ini macam 2 kali 5 saje.. Ong kata Dr Chua menjejaskan imej parti, tetapi diri sendiri pun menyumbang kepada penjejasan imej parti.. Hehe.. Macam-macam la sekarang ni.. Paku dulang paku serpih, mengata orang diri yang lebih.. (Erk, betul ke tak aku tulis nih..?)

Walauapapun yang berlaku semoga perbalahan ini tidak akan dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat.. Najib kene take action bagi membendung perkara seumpama ini daripada terus berleluasa jika masih berhasrat untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.. Tak kiralah apa alasan pun.. Jangan nak tunggu orang jemput.. Kalau tidak kirim salam sajalah nak tarik kembali sokongan rakyat..

Tu je lah aku nak tulis walaupun aku tahu masalah UMNO terutamnya di Terengganu pun Najib tak dapat settle lagi.. =p

p/s : MCA Makin Tenat bak kata Berita Harian... (klik sini)