Pengikut Blog Ini

Wednesday, June 24, 2009

Terkuburnya Satu Mimpi Indah...


Umpama mimpi indah. Tengah syok duk bermimpi tup-tup jatuh katil. Hahaha.. Itulah yang jadi kepada UMNO apabila PAS dengan sebulat suara menolak sebarang cadangan tentang Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Nampaknya UMNO dah hilang satu lagi nyawa dalam usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Seperti yang dijangka sebelum ini, idea kerajaan perpaduan itu hanyalah sekadar mimpi indah UMNO/BN yang hanya ingin menyelamatkan diri mereka daripada terus tersungkur dalam arena politik negara. Syukurlah idea pembentukan kerajaan perpaduan ini ditamatkan dengan jayanya apabila Presiden PAS menarik kembali sebarang cadangan dan perbincangan tentang kerajaan perpaduan ini.

Namun seperti biasalah, media-media pencacai UMNO sudah semestinya tak duduk diam. Kalau tak percaya boleh la klik disini untuk melihat betapa petahnya lidah rasmi UMNO ini berkata-kata. Tapi tak mungkin la orang tak percaya kan.. Hahaha...

Apa-apa pun tahniah kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam menguburkan terus isu ini. Nampaknya UMNO kene cari jalan lain untuk mengelakkan diri daripada terus lemas dalam lautannya sendiri..

p/s : UMNO tiada lagi isu di Manik Urai....

Monday, June 15, 2009

Jalan Pintas Buat Yang Lemas...

Sejak akhir-akhir ini, isu kerajaan perpaduan menjadi topik hangat terutamanya di media-media yang menjadi lidah kepada kerajaan. Isu ini dimanipulasi sepenuhnya oleh media dalam usaha untuk melagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Sebabnya mudah, kerana Umno/BN melihat PR adalah sebuah pakatan yang kukuh dan semakin diterima rakyat.

Tajuk-tajuk berita seperti ''PAS Kuda Tunggangan DAP,PKR'' dan ''Pas Tunduk Kepada DAP'' dalam Utusan hari ini (15/6) seakan-akan sudah lali di dengar dan tajuk-tajuk seumpama ini akan terus digunakan secara giat bagi mengelirukan rakyat. (klik sini)

Ada satu perkara yang aku terfikir. Mengapa UMNO bersungguh-sungguh ingin membuat rundingan tentang kerajaan perpaduan dengan PAS? Pada pandangan aku, jawapan nya mudah. Hal ini kerana UMNO tahu mereka sudah berada di ambang kejatuhan dan idea kerajaan perpaduan ini adalah satu batu loncatan untuk survival politik mereka. Ini adalah pandangan aku mungkin ada yang bersetuju dan mungkin juga ada yang tidak bersetuju walaupun itulah hakikatnya.

Oleh sebab itu, aku amat bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz bahawa kerajaan perpaduan adalah tidak perlu kerana hanya akan memakan diri sendiri. Adalah lebih baik perkasakan Pakatan Rakyat dan mengukuhkan persefahaman dalam PR demi kesejahteraan rakyat.

Kenyataan oleh Shabery Chik bahawa PAS dan UMNO mempunyai persamaan adalah salah sama sekali. (lihat sini) Semua orang pun tahu PAS adalah berjuta kali lebih baik jika hendak dibandingkan dengan UMNO. Dan itu adalah fakta. Bukan pendapat.

p/s : UMNO makin terdesak....

Wednesday, June 10, 2009

Anda Wajib LULUS..!!!


Dah 2 minggu aku tak menulis. Malas + kekeringan idea. Otak beku. Cuti yang membuat aku hilang arah tuju. Hehe... Cukup sekadar intro...

Untuk entri pertama setelah 2 minggu ni aku nak kongsi pendapat aku pasal isu yang sedang nak hangat sekarang ni. Isu BI yang ingin dijadikan syarat lulus bagi SPM.. Secara AM nye aku BERSETUJU dengan cadangan yang dikemukakan.

Sungguhpun begitu, cadangan ini seharusnya diperhalusi bagi memastikan matlamat daripada cadangan tersebut berjaya dicapai. Secara totalnya penguasaan Bahasa Inggeris di kawasan luar bandar masih lagi jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan pencapaian dikawasan bandar.

Jika benarlah cadangan ini ingin diteruskan, aku berpendapat bahawa cadangan ini seharusnya tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa. Dalam masa terdekat ini cadangan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai satu subjek wajib lulus SPM hanya akan mengakibatkan ''kemusnahan'' kepada pelajar terutamanya di kawasan luar bandar.

Mungkin cadangan ini boleh dilaksanakan dalam tempoh 5 atau 7 tahun akan datang yakni penguasaan bahasa Inggeris terutamanya dikawasan luar bandar benar-benar kukuh dan pengukuhan itu seharusnya bermula daripada sekarang.

Janganlah menjadikan para pelajar ini sebagai mangsa keadaan. Bukan sahaja pelajar, malah guru-guru juga akan menerima tempiasnya jika cadangan ini dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Jangan nanti gred lulus direndahkan serendah-rendah nye untuk memastikan ramai pelajar lulus. Tak guna hanya menang kuantiti, tetapi kualiti hancur.

Oleh yang demikian, wajarlah diperincikan pelaksanaan ini kerana dalam jangka masa panjang pelaksanaan ini akan memberi manfaat kepada generasi akan datang jika dilaksanakan kelak. Dunia hari ini memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris untuk membolehkan negara terus bersaing di peringkat global.

Janganlah kita asyik membandingkan dengan Jepun dan Korea yang menggunakan bahasa ibunda mereka tetapi tetap juga maju dalam pelbagai bidang. Mentaliti rakyat mereka berada satu tahap lebih tinggi daripada tahap mentaliti rakyat Malaysia. Jadi adalah tidak adil untuk menyamakan tahap mentaliti rakyat Malaysia dengan rakyat di Jepun dan Korea. Bukanlah aku hendak merendahkan tahap mentaliti rakyat Malaysia dan mengagung-agungkan mereka, tetapi itulah hakikatnya yang harus kita sedari.

Semoga penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia dapat ditingkatkan dalam usaha melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi disamping meningkatkan tahap mentaliti rakyat Malaysia.

p/s : Tidak begitu gembira terhadap tahap penguasaan Bahasa Inggeris....